Thursday, March 16, 2017

Baca Sekejap. Macam Mana Nak Hidup Selesa Walaupun Makan Gaji



Kau ingat best ke orang yang buat bisnes networking atau MLM bila kau pergi talk presentation dia, dok kondem orang kerja makan gaji.

Kerja makan gaji tak best. Kerja makan gaji tak kaya. Kerja makan gaji hidup tak berkembang.

Aku pun dulu pernah rasa tertipu. Ditipu minda bila masa join buat networking MLM ni. Kena sindir gila-gila orang kerja makan gaji ni hutang banyak walaupun hakikat masa aku join tu dah tak kerja makan gaji.

Sebenarnya, orang yang bekerja sendiri lagi la teruk. Untung lagi yang kerja makan gaji hujung bulan dapat duit. Orang yang kerja sendiri ni, kalau tak buat kerja, lagi la takda duit. Lagi sengkek.

Tanya la kawan-kawan yang kerja sendiri. Macam mana situasi diaorang masa takda projek. Takda job. Masakkkk bai.

Sebenarnyakan. Ia berbalik pada diri sendiri. Tanya apa halatuju hidup yang kita nak.

Tak kiralah kerja makan gaji ke. Kerja sendiri ke. Ada bisnes dan staff sendiri ke. Masing-masing ada misi dan visi.

Visi hidup korang apa.

Apa misi hidup korang.

Kalau tak tahu, memang korang akan jadi la sang sengkek macam yang aku lalui dulu.

Hari ni aku ada baca sebuah buku yang cerita pasal makan gaji. Bagaimana korang nak make sure hidup korang terjamin bukan setahun lagi tetapi bertahun-tahun lagi yang ko nak hadap.

Apa persediaan korang untuk 20-30 tahun akan datang. Nak still cukup makan macam sekarang atau korang nak hidup yang selesa masa korang tua nanti?

Now situasinya aku sama macam kengkawan yang lain. Aku bekerja untuk syarikat aku sendiri dan aku ambil gaji setiap bulan.

Jadi ertikatanya aku juga makan gaji. Jadi bila makan gaji, aku kena urus duit yang aku terima sebaik-baiknya.

Tak kisahlah gaji korang besar ke kecik. Makin besar gaji korang, for sure korang pun akan berbelanja lebih juga. Akhirnya baki dalam akaun bank langsung takda.

Untung untuk anak muda. Anak muda dapat belajar ilmu pengurusan kewangan sekarang dan dapat rancang hidupnya lebih banyak lagi.

Berbanding mereka yang dah masuk umur 30 tahun ke atas. Masa dah banyak terbuang. Tapi takda istilah terlambat untuk bermula sekarang.

Bila kita cakap pasal hidup selesa, tak semesti perlu ada kereta mewah dan rumah mewah. Tak semesti kena ada rumah berbiji-biji.

Semua ni kita ukur pada keadaan diri dan ekonomi kita sekarang. Ia boleh digandakan pada masa akan datang. Cumanya sekarang, macam mana nak bermula.

Idea banyak. Ada orang kata kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan.

Kalau kita biasa berbelanja berlebih dari biasa, apa kata untuk permulaan struktur semula kewangan kita, kita berbelanja seminima yang mungkin. Yang mana boleh tahan-tahan dulu. Yang wajib kita selesaikan dulu.

Contoh, bab nak pergi makan tempat sedap-sedap, kerap keluar naik kereta, kalau biasa hobi tengok wayang, start-start la berhenti tengok selama setahun.

Kalau kaki merokok tu downgrade la sikit jenama rokok tu. Kalau dah sangap sangat, hisap je rokok daun.

Kau bayangkan berapa banyak penjimatan kau mampu buat bila kau tahan selesa dan nafsu manusia kau tu.

Tambah pendapatan

Ada banyak cara untuk korang tambah income. Cuma kau kena pandai urus masa, urus tenaga dan urus duit.

Kalau kau dapat jumpa tune yang terbaik dan sesuai untuk kemampuan kau dan ia mampu beri kau sumber pendapatan tambahan yang bagus, start-start la dapat duit tu settlekan semua hutang lapuk yang kau ada dulu.

Dah settle semua hutang kau tu, start la menabung. Ambil perlindungan takaful ke, melabur dalam unit trust ke, simpan dalam tabung haji ke atau kau buat modal sebagai bisnes.

Belajar la ilmu bisnes. Dulu aku pun takut-takut juga nak ambil orang bekerja dengan aku. Aku ingat bila la aku lone ranger je. Setup syarikat tapi aku je kerja sorang-sorang.

Biasa la bila kau setup syarikat, kau akan hadap macam-macam cabaran. Sama juga macam kau kerja makan gaji, kau ingat boss kau suka kau mengular tak buat kerja. Dah buat kerja tapi hasilnya ntah apa-apa.

Kalau kau jadi boss, mesti kau pun tak suka. Syarikat kau nak bayar gaji ni, tapi kau tengok ala performance teruk macam budak sekolah. Takkan kau nak diam.

Hari ni kalau nak tambah income, korang boleh je buat bisnes online. Macam aku dulu, pun terjebak nak merasa duit tambahan ni, aku start jual produk orang.

Ada produk yang aku ambil dari pembekal tempatan, aku jual kat office aku. Ada yang aku jual kat internet pasaran Malaysia. Ada juga yang aku pi jual sampai Amerika.

Ada juga aku buat bisnes guna idea dalam kepala otak aku ni. Tulis dalam word, convert jadi PDF dan jual sebagai ebook. Berjaya juga aku buat duit tambah-tambah.

Dulu rasa macam terperanjat dan teruja giler bila tengok selepuk duit masuk puluh-puluh ribu. Sekarang kalau nampak transaksi masuk ratus ribu pun boleh buat muka biasa-biasa lagi. Takda dah rasa macam orang kampung masuk Bandar Bukit Bintang.

Kau nak hidup selesa, kau belajar uruskan komitmen bulanan kau dulu. Tengok berapa komitmen wajib yang diperlukan. Kalau boleh campurkan dengan hutang-hutang bank beli rumah, beli kereta, guna kad kredit, PTPTN, campurkan tengok berapa.

Kalau kau dah total, komitmen kau adalah RM6000 dan gaji bersih kau sebenarnya RM4500, kau kena listkan semua apa yang perlu kau catu dan apa yang perlu kau buat untuk tambah pendapatan sedia ada kau.

Tulis dan senaraikan dalam kertas. Kau kena buat ni. Kalau tak praktikkan apa yang aku share ni, sumpah memang buat penat je kau baca topik ni.

Biasanya manusia akan keluar dari segala kesulitannya bila dia dibawah tekanan. Allah uji dia supaya dia berusaha untuk keluar dari kesempitan.

Macam ada satu kes ni, seseorang ni pernah whatsapp saya tanya pasal salah satu produk yang saya jual.

Saya tanya, sebelum ni pernah jual apa-apa produk tak. Dia jawab tak pernah. Jadi saya tanya lagi, kenapa nak jual? Dia kata sebab nak selesaikan hutang kad kredit yang dah lama sangat tertunggak.

Oklah, saya bagitahu dia, untuk jadi rakan niaga saya senang je. Start dengan modal yang paling rendah. Biar pun untung jual produk tak besar mana tapi modal untuk starting tu ada.

2-3 bulan juga dia jual produk saya. Saya follow up dia. Macam mana, hutang dah berjaya kurangkan tak?

Dia kata cukup hujung bulan nanti, settlekan hutang kad kredit dia. Ini pun berkat usaha dia menjual kat kawan-kawan, kat online, offline. Semua platform dia cuba.

Tak pernah pun dia tanya macam mana cara nak jual. Dia usaha sendiri. Disebabkan dia bersungguh-sungguh, kini bukan setakat hutang kad kredit je settle, malah siap dapat simpan duit RM10,000 lagi dalam tabung haji.

So, berbalik kepada diri kita. Kita nak macam mana. Nak tengok je orang lain berubah? Atau kita sendiri fight bersama untuk hidup selesa macam orang lain.

P.s: Harap korang ok bila aku menulis dengan bahasa sekejap aku, sekejap saya. Aku tulis byheart je.





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search