Thursday, March 23, 2017

Korang Kalah Dengan Seller Jenis Buang Harga?


Bila korang menjual produk kat internet, korang kena terima hakikat bahawa bukan kau sorang je yang jual produk tu.

Kalau bukan produk dari syarikat yang sama, boleh jadi produk tu dari pesaing syarikat tu. Solution produk pun sama je. Harga pun sama.

Dah tu, bila kau berniaga, kau jumpa seller letak harga macam-macam.

Kat facebook lain harga. Kat instagram lagi. Lazada, lelong, mudah, dalam whatsapp... hermmm..
Boleh mati keras kalau tengok harga di jahanamkan oleh seller-seller lepasan universiti sakai ni.

Saat kau tengah excited nak jual produk tu, sekali kau bukak je kat facebook group kau jumpa ada sorang seller ni dok jual harga dengan hanya ambil untung 50 sen je.

Modal kau RM35 seketul. Dia pi jual RM35.50 je. Kegilaan apakah ni?

Apa kau nak buat bila jumpa seller main harga macam ni?

Tutup kedai online kau? Bersara? Kembali kerja dengan pejabat Perdana Menteri?

Kalau kau nak jadi seller yang disegani, kau jangan sesekali follow buang harga sesuka hati kau. Buat guideline berapa minima harga yang kau boleh jual. Terbaik kau refer syarikat pemilik produk tu.

Tanya berapa minima harga yang perlu kau jual. Ye la. Customer ni kau kona ikut mana pun, dia mesti nak diskaun kan?

So kau boleh je nak bagi diskaun tapi kena tahu berapa had limit dia. Kalau tak  nak bagi diskaun macam mana?

Ada caranya!

So, takyah follow seller yang kaki buang harga ni. Kau cuba deal macam ni;

Kau standbykan satu produk kedua untuk seller supaya dia tak rasa bersalah untuk bayar kau full amount tanpa sebarang diskaun.

So kalau kau jual gambir jantan, kau boleh la bagi kat dia free air kacip fatimah. Atau kau upsell dia dengan satu lagi produk tambahan, pil tongkat ali untuk nampakkan lagi kepoweran bila kau jual produk tu.

Customer yang memang nampak manfaat, dia akan bayar kau berapa sahaja harga tanpa banyak bicara.

So kau fikirlah dari sekarang, apa idea produk yang kau boleh jadikan sebagai produk kedua atau free bila dia buat pembelian dengan kau.

Sekarang, dah nampak beza antara kau dengan seller yang buang harga tu.

Sah-sah kau boleh je cakap, seller yang jual barang murah tu dikhuatiri jual produk fake.

Kau bagilah sikit contoh testimoni customer yang beli produk kau siap dapat freegift tu. So bila ada testimoni bersusun kau hantar kat dia, sure dia pun akan sama-sama angguk kepala tanda setuju dan beli simpan order lebih lagi buat stok.

Apa lagi idea kau boleh ikat prospek kau supaya beli barang tanpa minta diskaun?

Kalau kau follow seller-seller yang power ni, diaorang akan letak satu info dan declare kat customer dia yang seller tu dah berniaga lama, siapa bagi tau no register ssm lagi. Walaupun nampak macam poyo, kau percayalah akan ada prospek yang letak trust kat kau bila kau buat benda macam ni.

Buat bisnes kalau boleh laju. Kalau diaorang payment sebelum pukul 2 petang, kau cakap la kau akan pos pada hari yang sama (hari bekerja), terbaik kalau sabtu ahad, ada pejabat pos yang buka, kau pi hantar. Lagi cepat sampai lagi bagus. Customer happy, pasti dia bagi 5 star rating kat kau.


Satu lagi kaedah, tayang la sikit kotak-kotak, plastik-plastik poslaju atau kurier yang kau dah ready nak post tu. Lagi banyak, lagi nampak mengiurkan.

Dulu aku rajin post gambar parcel kat facebook aku. Tapi la ni jarang dah aku buat, sebab kat wall personal aku, bukan customer aku ada kat situ. Buat apa nak tunjuk, akan sentiasa nampak kepoyoan kepada pesaing aku nanti. Baik aku tunjuk kat customer aku je untuk nampak trusted.

Sebab aku deal jual beli dengan customer, bukannya dengan kengkawan facebook jenis kaki stalk.

Cara lain, kau offer dia jadi ejen bila dia suka dengan produk kau. Cara tak langsung, kalau dia guna sendiri, dia akan dapat jimat dan selebihnya dia dapat buat duit poket bila jual produk kau yang super duper berkesan tu.

Ok?

Chow!


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search