Friday, June 30, 2017

Beli Bitcoin Melalui Platform Luno

Beli Bitcoin Melalui Platform Luno



Bagi korang yang dok plan beli bitcoin, korang boleh dapatkan stok bitcoin di LUNO. Waktu mula-mula saya beli bitcoin di Luno, price masa tu dalam RM3000 lebih je untuk 1 bitcoin.

Ketika artikel ini ditulis, harga semasa bitcoin ialah RM11,483.00 untuk 1 bitcoin. Dijangka pada 2019 atau 2020, harga bitcoin akan melonjak lagi dan boleh mencecah RM20,000 untuk 1 bitcoin.

Apa kelebihan korang jika guna platform LUNO ni? Korang boleh guna Luno ni sebagai wallet bitcoin korang.

Korang boleh access wallet bitcoin korang kat luno samaada melalui desktop atau app. Bitcoin ni macam korang menyimpan emas. Bila korang rasa perlu untung jual (terbaik pada masa harga naik), so dapatlah korang buat untung.

Bitcoin ni sangat berharga seperti mana berharganya emas. Sebab tu ada yang kaitkan bitcoin ni sebagai emas digital. Jadi, bila anda mendaftar atau mempunyai wallet untuk simpan bitcoin ni, pastikan korang  simpan baik-baik password korang. Tingkatkan tahap keselamatan akaun korang.  Ada beberapa panduan macam mana korang nak make sure wallet korang selamat.

Baca kat sini: KESELAMATAN AKAUN WALLET ANDA.

Saya cadangkan korang beli dan simpan bitcoin ikut kemampuan kewangan anda. Kalau anda nak tunggu harga turun, kita tak pasti bila lagi. Jadi masa terbaik untuk membeli bitcoin adalah sekarang!

Ada orang tanya apa risiko bila simpan bitcoin ni?

Bagi saya Bitcoin adalah satu teknologi yang sangat menarik untuk kita perhatikan kerana banyak orang berkepentingan seluruh dunia membincangkan mengenai bitcoin ini sebagai salah satu jenis wang yang baru (digital). Jadi ia tak bermakna bitcoin ini tak ada risiko dia. Sama seperti wang fiat (wang kertas). Ia tetap ada risikonya.

Jangan simpan duit kat bawah bantal atau jangan percayakan sesiapapun orang yang kita tak kenal bila mereka bercakap memgenai duit anda.

Bitcoin ni adalah brand new technology dan sekarang ini ia dilihat sebagai sangat selamat dan susah untuk dihijack tetapi bukanlah bermaksud ia tak ada peluang langsung untuk gagal.

Sebab tu lah, bila saya kata tukar duit kepada bitcoin, bukan bermaksud keluarkan semua duit simpanan dalam bank dan tukarkan kepada bitcoin. Jangan letak semua telur dalam satu bakul!

Jadi janganlah beli bitcoin atau simpan jika korang tak sanggup kehilangan atau kerugian jika jadi apa-apa padanya.


Bitcoin ni lebih volatile berbanding matawang yang lain dan kalau kita tengok bitcoin ni adalah stabil sejak ia diperkenalkan. Lebih-lebih lagi semakin ramai yang memandang dan nampak macam bitcoin ni berpotensi giler, jadi makin ramai lah yang nak ambil experience memiliki dan menyimpan bitcoin.

Macam LUNO sebelum ni, pihak bank CIMB pernah freeze akaun diaorang dulu. Then selepas beberapa ketika, bank CIMB release semula akaun LUNO dan benarkan LUNO buat aktiviti jual beli bitcoin.


Ada seorang kenalan, syarikat mereka pernah apply loan untuk buat bisnes yang berkaitan bitcoin. Selepas beberapa kali rundingan, akhirnya pihak bank luluskan loan sebanyak RM5 juta ringgit.

Korang kena ingat, transaksi bitcoin ni macam cash je. Jadi kalau korang send bitcoin pada orang yang salah atau wallet bitcoin korang kena curi, ia adalah sangat sukar untuk korang dapat balik bitcoin korang.

Beringat selalulah dengan siapa anda berurusan. Kalau tak, takkanlah ada wujud scammer kat seluruh dunia ni.

So, kalau tanya saya, LUNO ni dipercayai ke tidak? Ya! platform ini kalau korang nak jual dan beli, ia adalah platform yang boleh anda percaya! Jangan percaya je! Password korang tu kena simpan elok-elok!


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search