Wednesday, June 7, 2017

Kalau kita tak yakin, bagaimana Dia nak beri?


“Kadangkala asbab doa kita makbul bukan kerana kita yang minta, tapi kerana tulusnya hati keluarga, pasangan, sahabat, guru atau sesiapa pun yang ikhlas mendoakan kita.”
Siapa yang tak mahu doanya diterima. Semua insan mahukan Allah mengabulkan permintaannya. Ramai yang berdoa tapi tak ramai yang tahu apa adab-adab berdoa.
Antara sebab doa makbul ialah ikhlas dan tulus bergantung pada Dia, bertawakal bahawa Dia mampu dan hanya berserah kepadaNya. Kalau tak yakin dengan si pemberi, bagaimana Dia nak beri apa yang anda minta?
Tapi bagaimana nak mencari ikhlas, tulus, tawakal dan berserah? Dengan hati yang suci. Jiwa yang bersih dan minda yang berprasangka baik. Hati yang suci hanya mampu dicuci jika anda rela untuk lepaskan. Anda perlu ada matlamat dan ketetapan diri yang kuat untuk lepaskan segala kekotoran yang bersarang. Anda perlukan seseorang untuk sokong dan tolak anda untuk terus kuat. Anda perlukan sahabat yang positif. Circle yang terbaik dan positif. Anda perlu cari ruang dan peluang untuk di kelilingi oleh orang yang positif dan mahu berubah.

- Azizan Osman

------
Kita sentiasa mahu Allah beri kita rezeki hari-hari. Tapi ada waktu hari itu, kita buat sesuatu pun macam tak yakin. Kita tak percaya bahawa kita boleh lakukan. Kita takut pada bayang-bayang kita. Kita takut apa orang akan kata pada kita.

Bila kita berdoa, doa kita pun tak sepenuh hati. Kita tak rasa pada hati. Kita tak hantar doa-doa yang kita pohon seikhlas hati. Kita baca doa seperti kita lafaz kata-kata sahaja. Berdoa pun kita tak bersungguh. Jangan lah tertekan jika apa yang kita mohon itu lambat dimakbulkan.

- Noorizam Shah


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search