Friday, December 22, 2017
Betul ke Ikram Dinzly berubah jadi seperti orang tidak siuman sejak ayahnya meninggal dunia? Ramai netizen beri komen dan ada yang menuduh Ikram Dinzly ambil dadah sejak putus cinta dan berdepan dengan masalah kewangan.
Aku pun ada tengok live video dia kat instagram dan aku study juga apa juga posting dia dalam instagram.
Ini pendapat peribadi aku.
Ikram Dinzly seorang yang normal. Dia tidak gila atau pun bercakap seperti orang dalam pengaruh dadah.
Kalau kau perhati betul-betul, media hiburan dan portal hiburan yang mulakan gossip mengatakan dia tidak sihat dan perlu pertolongan kuanseling.
Kalau kau faham pasal keyboard warrior dan netizen ni, biasanya diorg suka masuk dalam "rumah" orang dan mulakan komen menjengkelkan.
Betul, dia guna media sosial untuk dia buat aksi. Tapi korang jangan la ambil pertimbangan apa yang dia buat tu semua tak betul.
Kalau kau faham seni, kau akan faham mendalam apa aksi yang dia buat.
Bagi aku, itu normal. Bila dia menari macam aksi yang kau cakap lucah tu, disebabkan dia adalah Ikram Dinzly, jadi kau komen macam teruk sangat dah dia. Sedangkan kau tau dia tu orang seni. Jiwa orang seni, adakah kau betul-betul faham?
Seperti mana seninya seorang penyair tersohor.
Seperti mana seninya seorang pemain teater.
Seperti mana seninya seorang pemain wayang kulit.
Seperti mana seninya seorang pelukis
Seperti mana seninya seorang pemegang watak.
Kalau kau tengok, dia ada bisnes. Dia ada strategi apa yang dia nak buat. Sekarang ini dia sedang menarik perhatian semua orang. Macam dia cakap dalam video, dia seorang yang berlagak. Tapi berlagak seni. Dia ada strategi.
Dia akan bongkar semuanya apabila sampai masanya.
Kalau nak jadi netizen, cuba korang jangan jadi netizen yang merapu dan kosong. Kacau rumah orang. Buat orang marah. Bila dia marah, ada pula netizen lain p viralkan lagi. Jadilah salah tanggap pada semua orang.
Aku pun mula-mula nak percaya. Tapi bila aku skoden dan aku perhatikan video yang dia up dan gambar-gambar yang dia post. Aku ambil keputusan bahawa sebenarnya Ikram Dinzly seorang yang normal.