Thursday, December 28, 2017

Cara Kira Cuti Kerja Dalam Setahun



Ilham nak menulis ni dah datang semlm tp aku cuma coretkan pada buku comel aku dlu sbb tak dapat nak bersentuhan dengan Blog kesayangan aku ni. Aku terfikir, sebenarnya berapa hari kita kerja dalam setahun. Masa program induksi kerja 3 hari semasa aku bekerja dalam sektor swasta, aku teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang pegawai HR aku.

Firdaus seorang Pegawai Eksekutif ICT telah bekerja keras selama 2 tahun dan sangat dedikasi dalam kerja yang dilakukannya. Suatu hari kekasihnya, merungut dia telah kerja lama tapi tak pernah naik pangkat atau naik gaji. Firdaus baru sedar selama dia bekerja 2tahun, dia tak pernah mendapat kenaikan gaji atau pun pangkat. Malah tak pernah diusulkan untuk naik kenaikan pangkat juga tak pernah.

Setelah berfikir selama beberapa hari, Firdaus pun berjumpa dengan Faiz, HR Manager. Firdaus meluahkan segala persoalan yang terbuku dalam hatinya kepada Faiz. Faiz memandang dengan muka serius kemudian ketawa sambil berkata," Hahahaha...En Firdaus sebenarnya awk belum pun bekerja untuk syarikat ni walau untuk sehari pun."

Terkejut beruk si Firdaus ni mendengarnya. Tanpa menunggu respon, Faiz meneruskan hujahnya:

Faiz: Dalam setahun ada berapa hari?
Firdaus: 365 hari tetapi kadang2 366 hari.

Faiz: Betul tu, sehari ada berapa jam?
Firdaus: 24 jam

Faiz: Berapa jam kamu kerja dalam satu hari?
Firdaus: Mula 8 pagi hingga 5 ptg. Tolak 1 jam waktu rehat. 8 jam

Faiz: Jadi berapa bahagian yang kamu kerja dalam sehari?
Firdaus: ( mula mengira dalam hati:...8/24 jam = 1/3)...1/3 

Faiz: Bijak bijak...sekarang berapa hari 1/3 dari 365 hari?
Firdaus: ( mengira dalam hati lagi 1/3 x 365= 122 ) 122 Hari

Faiz: Kamu kerja tak pada hari Sabtu dan Ahad?
Firdaus: Tidak

Faiz: Berapa jumlah hari sabtu dan ahad dalam setahun?
Firdaus: Kira-kira 52 Sabtu dan 52 Ahad = 104 hari.

Faiz: Dari 122 hari tu tolak 104 hari cuti?
Firdaus: Cuma tinggal 18 hari.

Faiz: Saya dah berikan kamu cuti tahunan 12 hari, sekarang masih ada berapa hari?
Firdaus: 6 hari.

Faiz: Pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha kamu kerja?
Firdaus: Tidak Tuan.

Faiz: Jadi masih ada berapa hari?
Firdaus: (mengira dalam hati: Aidilfitri 2 hari dan Aidiladha 2 hari) Masih ada 2 hari tuan.

Faiz: Jadi baki hari tu ditolak dengan cuti Hari Wesak, Hari Pekerja, Hari Maulud, Hari Deepavali, Hari Agong, Sambutan 31 Ogos, Awal Muharam dan Tahun Baru Cina. Tinggal lagi berapa hari?
Firdaus: Err...???...dah takda baki tuan.

Faiz: Sekarang ni apa yang awak nak tuntut tadi?
Firdaus: Saya faham tuan, selama ni saya cuma makan gaji buta dan mencuri duit syarikat tanpa perlu bekerja sedikitpun. Saya minta maaf.

Moral of The Story?

  1. Jangan la cuba berdebat atau minta tolong dengan HR Manager. I been there...believe me.
  2. Muhasabah diri, bersyukur la dengan pekerjaan kita sekarang.
  3. Itu la sebab napa kerja swasta lebih teruk dari keja gomen. 

Copy & page dari blog sebelah.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search