Wednesday, January 24, 2018

Kerajaan Korea Selatan Bakal Kenakan Cukai Kripto 24.2%



Sekarang ni banyak negara dah ada yang ban cryptocurrency dan ada sesetengah negara benarkan tetapi mengetatkan peraturan dengan mengenakan beberapa garis panduan.

Aku baca kat website cointelegraph hari ini, ada satu artikel yang dipetik dari sebuah laman web di Korea Selatan, negara itu bakal mengenaikan cukai korporat sebanyak 22% dan 2.2% lagi bakal dikenakan pada pendapatan cukai tempatan dari aktiviti cryptocurrency exchanges.

Kat exchanger macam Bithump sahaja, total aktiviti dagang mencecah nilai 295,368,000 US Dollar tahun lepas. So kerajaan jangkakan dapat kutip cukai dalam 60 juta won.

Bithump ni exchanger yang popular kat Korea dan pernah juga di hack. Kat exchanger ni je diorang dah lost 7 juta US Dollar terutama dalam Bitcoin dan Ether. Apapun orang kat Korea nak buat petition dan kira-kira 200,000 tandatangan dah berjaya dikumpul. Tunggu respond rasmi dari kerajaan je lah. Kalau diaorang kenakan cukai, maknanya exchanger bakal pening kepala.
Sunday, January 21, 2018

Pejabat OneCoin Diserbu Pihak Berkuasa Bulgaria



Pejabat Onecoin di Sofia, Bulgaria telah diserbu oleh pihak berkuasa negara tu baru-baru ni. Onecoin didakwa menjalankan program skim piramid di 4 benua sehingga ramai orang terkeliru dan beranggapan Onecoin itu adalah sama seperti mana Bitcoin yang tidak berpusat.

Negara United Kingdom termasuk Jerman telah memberi amaran kepada lebih 3 juta ahli Onecoin supaya tidak terlibat dengan skim ini malah pengasasnya Roja Ignatova telah didakwa di mahkamah kerana menjalankan perniagaan berasaskan kewangan tanpa lesen.

Kita kat Malaysia pun ada isu sama juga. Bank Negara Malaysia memang pantau habis mana-mana program yang mengutip dana awam perlu dapat lesen dan berdaftar. Semua transaksi perlu di audit dan dilaporkan.

Kalau ada unsur manipulasi kewangan atau menjalankan program skim cepat kaya, memang korang cari nahas dan boleh didakwa.

Macam kes Onecoin ni, bayangkan berapa besar transaksi mereka dah collect dengan penglibatan 3 juta ahli? Dan semua aktiviti ini, pihak berkuasa negara tidak mendapat sebarang manfaat dan mengalami kerugian berjuta dollar dari cukai perkhidmatan.

Biarpun server Onecoin ini ditutup, pendakwa di Bulgaria percaya, operasi di negara lain masih lagi berjalan. Dari sumber mengatakan syarikat ini didaftarkan di UAE tetapi beroperasi di banyak negara dengan pasaran tumpuan utama mereka di negara Eropah.

Ada juga sekelompok ahli datang dari Malaysia, Indonesia dan negara Asia lain. Nasihat saya, dari korang layan program skim, lebih baik korang belajar potensi matawang kripto di coinmarketcap.com

Hati-Hati Dengan Panggilan Palsu Dari Kastam



Aku selalu baca dan dengar kawan-kawan yang dapat call scam dari orang yang tak dikenali dengan menyamar sebagai wakil dari pejabat Kastam. Dan semalam, aku juga terima satu panggilan dari nombor +0314236726. Bila aku jawab, sekali dengar suara operator perempuan bercakap dalam bahasa Malaysia.

Ini semua komplot sindiket yang nak paw korang duit dengan bagitau korang dah buat salah itu ini. So hati-hati bila ada call dari nombor yang tak dikenali, sila semak nombor phone tu. Kalau macam pelik je nombor tu, elok kau letak terus, tak payah layan.

Tak payah terkejut dan stress kalau tetiba dapat call dari LHDN ke, Kastam ke, Bukit Aman ke what ever nama badan atau agensi. Kau jawab baik-baik yang kau akan call semula direct ke nombor phone agensi tu.

Sure kalau korang ada case, mesti ada file dan rekod dah dibuka di agensi tu. So kalau diaorang ugut, ini panggilan rahsia, better kau loud speaker dan rekod percakapan supaya in case boleh jadi bahan bukti kalau kau rasa dianiaya.

Pada korang yang bergelar usahawan tu, haa jangan la cuak bila kastam call. Lagi-lagi kalau korang yang memang tak bayar GST. Dengar nama kastam je mula korang kecut perut.

Biasanya kastam tak akan call kau. Dia akan hantar surat dan email atau diaorang datang buat lawatan mesra.

Jadi lepas ni, cek betul-betul nombor yang kau terima tu sebelum nak pick up call. Kalau pelik, tak payah la jawab.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search