Sunday, May 13, 2018

Punca Kenapa Ramai Sakit Lutut Dan Apa Penyelesaiannya?



Di samping sakit belakang, kesakitan lutut adalah salah satu perkara yang paling biasa di kalangan kedua-dua orang tua dan atlet muda. 

Kecederaan lutut adalah satu punca kesakitan lutut, tak semestinya akibat jatuh, sering berjalan kaki   atau terlibat dengan kemalangan. 

Apa yang boleh menyebabkan sakit lutut tanpa kecederaan? 

Antara punca seseorang tu sakit lutut adalah kerana Artritis, berat badan berlebihan, osteoporosis, kerap melakukan latihan tertentu seperti berjalan , dan pergerakan berulang. 


Apakah cara terbaik untuk anda rasa lega daripada mengalami sakit lutut?

Langkah pertama yang boleh kita buat adalah, cari alternatif perubatan seperti pemakanan produk  herba, bersenam, kekalkan berat badan yang ideal, buat aktiviti regangan dan buat senaman lutut.

Apakah punca seseorang tu terasa sakit disekitar lutut?

Antara penyebab ialah:
- Bengkak di sekitar lutut
- Rasa tidak selesa yang semakin teruk bila berjalan dan melakukan aktiviti lain.
- Rasa tak boleh nak tampung berat badan pada lutut
- Ada masalah nak melenturkan dan meluruskan kaki.
- Kelemahan pada kaki
- Ada tanda kemerahan dan rasa panas hangat di sekitar lutut
- Ada bunyi bila anda menggerakkan lutut

Apabila anda melakukan sesuatu aktiviti, anda perlu tau ada beberapa risiko yang boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan pada lutut.

Bagi anda yang sering bermain sukan lasak seperti bola sepak, bola keranjang, rugbi, anda boleh merisikokan lutut anda kepada kecederaan.

Begitu juga pelari jarak jauh yang memerlukan pergerakan lutut yang berlebihan. Terlalu banyak melompat dan berjalan menanjak serta menuruni bukit juga boleh menambah ketegangan pada lutut.

Kadang-kadang, buat senaman ringan pun boleh cetus sakit lutut.

Anda punca lain adalah kerana terlibat kemalangan seperti perlanggaran kenderaan. Mereka yang berusia lebih dari 60 tahun juga berisiko untuk kehilangan keseimbangan badan dan menyebabkan jatuh.

Mereka yang ada masalah osteoporosis boleh menyebabkan patah tulang lutut dan tulang yang lemah pada pelvis dan kaki.

Jadi, kena beringat kepada mereka yang ada berat badan berlebihan. Jaga berat badan anda. Dari feedback yang diterima, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sering mengalami sakit lutut. Lutut tidak lagi mampu menampung berat badan anda.

Mereka yang tidak suka bersenam juga berisiko untuk mengalami sakit lutut. Dah la jarang bersenam, nak berjalan kaki pun malas. Apatah lagi nak buat regangan lutut.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search