Tuesday, June 19, 2018

Cerita Raya Saya 2018

Cerita Raya Saya 2018





MY RAYA STORY 2018
Alhamdulillah raya tahun 2018 ini lebih bermakna dan saya rasa BERSYUKUR sangat-sangat kehidupan saya HARI INI lebih baik berbanding 10 tahun dulu.

Pertamanya, saya BERSYUKUR kerana Allah kurniakan saya isteri yang cantik, baik, saling menjaga saya ketika susah dan senang. Allah kurniakan saya 2 anak perempuan yang comel dan seorang anak lelaki yang segak. Mereka semua penyeri hidup saya.

Berhari raya semalam di rumah mak ayah di kampung, saya dapat bersalaman memohon ampun dan maaf juga dapat titip doa kejayaan dari mak dan ayah.

SYUKUR tahun ini saya dah ada beberapa aset hartanah dan simpanan yang baik. Bisnes pun mula berkembang dengan produk dah masuk dijual di banyak farmasi.

NAMUN disebalik keindahan ini, ramai orang tidak tahu, 10 tahun dulu, hidup saya sekadar untuk hidup.

Dah lah masa tu baru berhenti kerja. Takda sumber pendapatan tetap. Orang nampak kami ok. Sebenarnya kami STRUGGLE dengan hari-hari yang mendatang.

Berbekalkan kereta kancil manual 660, duduk menyewa lagi, saya mula buat bisnes online dari bilik tidur.

Tidur selalu lewat sampai nak ke subuh. Solat pun selalu tinggal.

Saya cuba meniaga macam-macam barang. Ada untung sikit, duit tu saya buat belanja untuk hidup.

Masa tu belum terfikir pun CARA MACAM MANA nak ada aset yang pertama biarpun impian dah ada.

Yang saya tahu, hari ini buat duit supaya esok boleh hidup.

Saya BERSYUKUR sangat-sangat bila hari ini saya dapat banyak ilmu belajar tentang kehidupan, kewangan, perniagaan dan kejayaan bila saya turunkan EGO dan pergi belajar.

Saya dah berbelanja BERATUS RIBU ringgit semata-mata mencari ilmu dan belajar dari pelbagai guru.

Tak payah cerita yang kita dapat banyak ilmu PERCUMA samada kita jumpa kawan-kawan dan cari sumber di internet.

Kalau saya tak buka hati untuk hadam ilmu ini, mana mungkin Allah gerak dan letakkan saya pada tahap ini sekarang.

Betullah Ilmu tu pedoman hidup.

Guru itu sandaran ilmu. TINDAKAN kita itu lebih PENTING dan BESAR maknanya.

Alhamdulillah, tahun ini saya dapat tunaikan banyak impian seperi ke umrah hasil simpan duit, dapat beli rumah dan dapat memandu kereta yang lebih selesa.

Saya percaya semua ini atas asbab Allah nak beri, atas doa mak ayah, guru dan mereka yang menyokong usaha bisnes saya.

Dengan bisnes ini juga ramai orang kat luar sana dah BERJAYA upgrade diri, ubah hidup dan ada sumber pendapatan yang lebih baik.

Bila ada diantara mereka kirimkan mesej kepada saya BERKONGSI kegembiraan dapat beli rumah, dapat beli kereta, dapat bina “masjid”, dapat tambah belanja dapur, dapat selesaikan hutang, ia buat hati saya rasa lebih BERSYUKUR.

Ramai orang nak ubah hidup. Kunci ubah hidup ini adalah TINDAKAN. Fokus, buat dan buat.

Perjalanan saya masih jauh. Jika Allah beri kesempatan lagi 10 tahun, saya mahu menulis cerita ini kembali dan berdoa dapat kehidupan yang lebih baik serta diberi ganjaran yang berganda-ganda dengan usaha.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search