Friday, August 17, 2018

Anda Perlu Tahu 6 Penyebab Anemia pada Kucing

Anda Perlu Tahu 6 Penyebab Anemia pada Kucing


3 hari lepas Snowy demam dan tak sihat. Aku pun dok tengok la dia kenapa dia pasif sangat tak nak makan, tak nak minum. Semalam masa nak masukkan dalam cage untuk bawa pergi klinik sekali nampak ada nanah keluar dari dada Snowy.

Patutlah dia demam. Rupanya kat dada dia ada luka. Mungkin tercucuk kayu masa jalan kat luar rumah. Nak kata dia bergaduh dengan kucing lain, tak nampak la bulu dia rosak.

So masa pergi klinik, doktor dan buang nanah kat dada Snowy then hari ni doktor call akan buat minor operation nak bersihkan luka dan jahit.

Then doktor pun explain bagitau Snowy akan Anemia sikit.

Anemia atau kurang darah ni ada banyak sebab. Bukan sahaja akibat luka cedera dan barah bleeding tak berhenti. Tetapi ada beberapa sebab lagi kenapa terjadinya anemia.

1. Parasit

Parasit yang ada dalam badan kucing macam kutu, cacing boleh menyebabkan kucing kita kurang darah. Bila banyak sangat parasit kat badan kucing samada yang duduk di badan dan dalam badan, ia akan menyebabkan kucing kita jadi lemah dan tidak bermaya.

2. Infection

Kesan jangkitan virus juga boleh terjadinya anemia pada kucing.

3. Pengambilan ubat

Pengambilan ubat secara terus menerus juga boleh memberi kesan sampingan kepada kucing kita. So pastikan bagi ubat pada kucing ni pada dos yang sesuai dan mengikut keperluan.

4. Gangguan fungsi organ
Kalau ada masalah organ seperti kat ginjal, ini juga boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan kucing kita. Makanan yang kita bagi, tinggi garam boleh beri risiko kepada kucing untuk dapat Anemia. So hati-hati beri kucing makan makanan dari jenama harga murah-murah. Kita tak tahu tahap garam yang digunakan banyak mana.

5. Antibodi yang lemah
Ada juga kucing yang ada sejarah mempunyai antibodi yang lemah. Mudah sakit, mudah demam, kalau luka susah nak sembuh. Ini pun boleh mengganggu kesihatan kucing.

6. Kemalangan
Kalau pendarahan sukar nak berhenti pun boleh menyebabkan anemia. Lagi-lagi kalau kucing tu ada kerosakan atau gangguan kat tulang belakang sehingga terjadi pembentukan sel darah merah.

Apa tanda-tanda Anemia pada kucing?

Biasanya korang akan perasan tanda-tanda ni:
- Selaput lendir yang berwarna pucat
- Raut wajah yang tak segar
- Lemas dan depresi
- Tidak ada nafsu makan
- Ada nanah
- Pendarahan yang banyak dibahagian luka.


Kalau jadi macam ni, elok cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor veterinar.



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search