Monday, March 18, 2019

Pelan-Pelan Kayuh. Faham Ke Maksudnya?



PELAN-PELAN KAYUH.
Faham ke maksudnya?
Buat bisnes ni jgn terikut sangat gelojoh sebab nampak orang buat lebih dari kita.
Bukan apa, ada banyak perkara yang mungkin kau tak nampak apa yang jadikan orang tu bisnes dia gegak gempita?
- Berapa besar kos/bajet iklan dia?
- Berapa besar lead/database yang dia collect?
- Berapa ramai team inhouse/outsource dia?
- Apa sistem/flow yang dia gunapakai?
- Berapa besar unit produk/RM close per customer?
Ada banyak perkara yang mungkin korang kena ready dan praktik supaya takda kau bakar duit kau macam kau bakar buluh lemang sampai hangus.
Satu ilmu yang abg belajar (beribu ringgit juga belajar untuk satu AHA abg ni)
Kau ada pilihan untuk buat duit giler-giler dengan jual produk retail pada harga kapak. ATAU kau jual produk dalam BULK, kau still boleh menang.
NAK LAJU?
a - Buat iklan overclaim
b - Closing ayat hype
c - Recruit, Train, Grow team dengan bagi cara a dan b.
NAKALKAN ABG?

Monday, March 11, 2019

Bekas Pekerja Syarikat Emorra Meninggal Dunia


BEKAS PEKERJA SYARIKAT ABG MENINGGAL DUNIA
Semalam abg dapat info whatsapp dari team bagitau x-staff masuk wad ICU.
Pagi ni dapat info sekali lagi dari team abg, my x-staff dah meninggal dunia. Punca awal sebab demam dan beri komplikasi pada tahap tekanan darah dan tekanan guna then attack kat otak.
Umur muda lagi. Tak sampai 30 tahun. Dah berkahwin tapi tak ada anak.
Di syarikat abg dulu, dia jaga akaun syarikat. Urusan rekod resit, invoice, GST dan audit dia yang tolong assist.

PENGORBANAN SEORANG ANAK.

Bila abg ada team ni, memang abg hadap macam-macam ragam dan masalah team abg.
Untuk arwah, abg dan partner Puan Nana Shah tau apa masalah yang berlaku sepanjang arwah bekerja dengan kami. Kami dah cuba bantu yang terbaik.

Abg doakan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Friday, March 8, 2019

Apa Lelaki Rasa Bila Ada Masalah Mati Pucuk?



“Erectile dysfuntion” (ED) atau mati pucuk merupakan satu penyakit yang dialami oleh individu lelaki tanpa mengenal paras rupa, usia dan sempadan. Dianggarkan lebih 3 juta lelaki di Malaysia yang mengalami mati pucuk. Seks adalah salah satu keperluan asas setiap individu yang perlu dipenuhi sesuai dengan fitrah kejadian manusia ciptaan Allah S.W.T. Apabila seseorang individu tidak dapat memenuhi keperluan asas daripada segi seks, ia menunjukkan seseorang itu mengalami ED sama ada pada peringkat awal atau teruk berdasarkan simptom-simptom yang dialami. Daripada sudut psikologi, mati pucuk bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, bahkan menghancurkan sesebuah rumahtangga yang telah dibina.

ED adalah penyakit gangguan kepada lelaki apabila tidak dapat mempunyai ereksi atau mengekalkannya. Masalah ini bukanlah suatu penyakit yang jarang berlaku atau biasa di kalangan lelaki di seluruh dunia, tetapi penyakit ED kini sudah meningkat dan membimbangkan serta boleh berlaku kepada setiap lelaki seawal umur 20-an. Setiap lelaki yang mengalami ED, amat sukar untuk mengakui atau menerimanya kerana persepsi diri yang negatif seperti malu diketahui orang lain akan menyebabkan dirinya dihina dan diketawakan oleh masyarakat sekeliling. Perbincangan yang terbuka dan bagi mendapatkan rawatan secara langsung, sudah tentu diabaikan oleh lelaki yang mengalami ED. Oleh itu, mati pucuk merupakan penyakit yang mengganggu proses kehidupan setiap insan.

Definisi Mati Pucuk
Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat, mati pucuk diertikan sebagai tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian atau lemah zakar. Manakala daripada segi kesihatan, mati pucuk adalah ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks. Mati pucuk juga merujuk kepada kecacatan dalam seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang amat membimbangkan kerana boleh menghancurkan sesebuah perkahwinan ekoran daripada pasangan yang tidak dapat menghasilkan keturunan.

Bagi lelaki yang tidak mampu melakukan persetubuhan disebut “mati pucuk” atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “erectile dysfunction” (ED), iaitu batang zakar menjadi lembik dan tidak boleh menegang.

Masalah-masalah Mati Pucuk
Dewasa ini, lelaki di Malaysia yang mengalami mati pucuk cenderung untuk memilih haluan sendiri dengan mengambil langkah-langkah yang negatif, seperti mengambil pil-pil atau ubat-ubatan tanpa berfikir panjang tentang kesan dan akibat daripada pengambilan tersebut. Penghidap ED sering mengalami penderitaan secara senyap, dan penyakit ini memberi kesan secara psikologikal dan fizikal seseorang individu. Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami ED, antaranya faktor persekitaran iaitu mengamalkan cara hidup bebas contohnya, tabiat merokok, mengambil minuman keras, dan mengamalkan seks bebas pada awal usia. Selain daripada itu, keadaan fizikal dan masalah kesihatan lain serta perubatan juga berkait rapat dengan permasalahan ini seperti kecederaan pada otak dan saraf tunjang, kegagalan hati dan buah pinggang, penyakit parkinson, strok, komplikasi pembedahan pundi kencing, dan penyakit kencing manis. Penyakit mental seperti kemurungan atau kebimbangan, stres dan tekanan dalam diri turut menjadi penyebab kepada individu yang mengalami ED.

Derita dalam diam, adalah sesuatu yang sangat menyakitkan diri seseorang untuk meneruskan kehidupan mereka yang menghidap ED. Malu merupakan gangguan yang paling utama dalam diri seseorang lelaki yang mengalaminya. Keegoan diri untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal diabaikan sehingga menimbulkan masalah lain yang lebih teruk. Gangguan-gangguan psikologi yang dialami seperti gangguan emosi, tingkah laku, persepsi dan pemikiran telah menyebabkan seseorang lelaki tidak mampu meneruskan sebuah kehidupan dengan lebih baik dan sentiasa berpura-pura menyatakan tiada masalah walaupun diri dibelenggu ketidakselesaan, kebimbangan, kesedihan, ketakutan, dan tekanan dalam diri. Ekoran daripada itu, gangguan-gangguan tersebut telah memberikan kesan yang mendalam sehingga membataskan aktiviti harian setiap individu serta boleh mengubah tingkah laku, personaliti dan perwatakan seseorang. Sekiranya individu ED itu berkahwin akan membuatkan rumahtangga mereka bermasalah, manakala bagi individu yang tidak berkahwin tetapi menyedari diri mengalami ED akan membuatkan mereka takut untuk membina sebuah ikatan perkahwinan dan sentiasa menjauhkan diri daripada masyarakat.

Perubahan Emosi, Tingkah laku, Harga Diri (self-esteem)
Seseorang individu yang mengalami ED, akan mengalami perubahan emosi yang tidak konsisten bergantung kepada keadaan persekitaran yang dihadapinya. Perasaan negatif sentiasa timbul dalam diri individu ED, apabila dikelilingi oleh rakan-rakan yang mempunyai kelebihan daripada segi hubungan seksual. Lantaran itu, individu tersebut akan menyepi dan sentiasa mengelak daripada berbicara tentang perkahwinan dan keturunan. Hal ini, menyebabkan individu ED akan cuba mencari keseronokan lain demi menghilangkan perasaan negatif tersebut.
Bagi mengelakkan diri dibelenggu oleh perasaan negatif, perubahan tingkah laku penghidap ED boleh dilihat melalui tingkah laku yang positif kepada negatif. Jika seseorang itu tidak; pernah merokok, dia akan cuba merokok untuk mengelakkan tekanan yang dialami. Selain daripada itu, indvidu ED tersebut akan mengelakkan diri daripada bergiat aktif melalui aktiviti harian yang biasa dilakukannya kepada aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen sepanjang masa dan sebagainya.
Secara tidak langsung, perubahan emosi dan tingkah laku yang negatif akan menghakiskan “self-esteem”atau harga diri seseorang individu yang mengalami ED. Seseorang itu akan berasa diri tidak berguna lagi dan sentiasa berputus asa dalam usaha mencari alternatif atau jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah atau konflik yang berlaku. Jika usaha yang dilakukan tidak mencapai matlamat yang diingini, keyakinan penghidap ED akan terus berkurangan.
Justeru itu, penghidap ED sangat sukar untuk menerima kenyataan tentang penyakit yang dihadapi. Walaupun pelbagai kaedah rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau agensi yang terlibat, namun masih ramai yang menggunakan cara yang singkat iaitu dengan mengambil ubat-ubatan tanpa pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kaunseling
Daripada sudut perkhidmatan psikologi kaunseling, terdapat dua jenis terapi yang perlu dijalani oleh individu yang mengalami ED bersama Pegawai Psikologi atau Kaunselor bertauliah. Terapi yang pertama ialah kaunseling individu dan kedua ialah terapi kelompok. Melalui kaunseling individu, pelbagai pendekatan boleh digunakan bergantung kepada kesesuaian dan sosio budaya individu yang terlibat. Robert J. Sternberg 2004 dalam bukunya yang bertajuk Psychology 4e telah menyatakan beberapa pendekatan yang boleh diamalkan seperti pendekatan psikoanalisis, psikodinamik, psychoeducation, dan humanistik. Pelbagai terapi boleh diamalkan bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh klien antaranya ialah Gestalt Theory, Cognitive Therapy, Behavior Therapy dan lain-lain lagi yang bersesuaian dengan keadaan klien. Kemahiran-kemahiran dalam perkhidmatan psikologi kaunseling juga perlu diamalkan oleh kaunselor bagi memberikan rawatan yang berkesan kepada individu yang mengalami ED.
Selain itu, kaunseling kelompok juga sesuai dilaksanakan untuk membantu meningkatkan keyakinan diri individu yang menghidap ED mengikut kesesuaian terapi dan kemahiran dalam pembentukan ahli-ahli kelompok.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang beragama Islam, solat, membaca ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan doa adalah terapi yang paling berkesan dalam merawat mati pucuk.
Kesimpulannya, mati pucuk  atau ED adalah salah satu penyakit yang amat berbahaya kerana dapat menghancurkan keseluruhan aspek kehidupan manusia jika tidak menjalani rawatan yang sepatutnya. Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada mengubat, namun berusaha untuk meningkatkan kesihatan hidup adalah amat dituntut dalam Islam.
Tuesday, March 5, 2019

Bila Kau Mula Fahamkan Apa Itu Marketing



Apa itu marketing
Kemampuan kita sebagai usahawan bukan sahaja cipta produk/servis yang bagus tapi kemampuan untuk sampaikan mesej tersebut dengan jelas dan berulang kali sehingga lebih ramai “mata” nampak, lebih banyak otak terima dan hati terdetik untuk bertanya. 
Soalannya, berapa tempat kita sampaikan mesej yg sama? Berapa kerap kita ulang, berapa konsisten kita ulang? Berapa agresif kita cuba sampaikan mesej kepada sasaran kita? Ini kempen “pilihanraya”.
Kemampuan sampaikan mesej dan value serta sampaikan tentang isu mereka yang kita boleh bantu adalah misi utama kita setiap detik. To convert people from nobody becoming our client. Dari kita nobody to them menjadi harapan dan ‘taksub’ kepada apa yang kita mampu buat untuk dia.

Anda yang berniaga kena akui yang anda ada krisis bisnes bila jualan anda makin turun dan pelanggan makin kurang. Dan bila anda mula cakap - “Ekonomi teruk dan orang ramai tidak ada duit untuk membeli”, sedangkan hakikatnya orang masih lagi membeli pakaian, makanan, produk atau servis berkaitan cuma sedarlah - mereka masih membeli cuma mereka tak membeli dengan kau kerana kau sebenarnya tak pandai marketing atau masih guna cara lama.
Ramai yang bisnes sebenarnya ingat pelanggan akan datang berpusu-pusu kepada dia tanpa dia berbuat apa-apa.
Hakikatnya hari ini, pelanggan ada banyak pilihan. Bisnes ada ramai pesaing dan sangat mudah untuk pengguna pilih pesaing lain kecuali kita. Apatah lagi kita tak ada strategi yang betul. Ini bukan tentang bisnes anda kecil, sederhana atau besar. Bisnes besar pun lingkup kalau tak pandai strategi marketing yang betul.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search