Tuesday, May 21, 2019

Daun Gelenggang Untuk Ubati Panau, Kurap, Eczema, Kulit Gatal-Gatal



Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter. Cassia senna L (C. acutifolia Delile) dan Cassia angustifolia Vahl adalah di antara nama saintifik bagi daun gelenggang.
Nama Lain: Cassia, wild senna, fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, ringworm cassia, guajava, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco (Inggris), gelenggang.ludangan, ketepeng badak (B.Malaysia), Sulok (Serawak), andadasi, palochina (Tagalog)
Daun gelenggang telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi. Ianya telah diperkenalkan ke Eropah oleh pengamal perubatan tradisional Arab pada abad ke-9.
Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama merupakan tumbuhan berbunga perhiasan dalam dalam sub-keluarga Caesalpinioideae. Ia juga dikenali sebagai Candelabra Bush, Empress Candle Plant, Ringworm Tree atau "candle tree". Satu spesis Senna yang mengagumkan. Ia juga kekadangnya dipisahkan dari genus nya sendiri, Herpetica
Khasiat
Secara tradisional, daun gelanggang digunakan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif bertindak bagi memudahkan pembuangan air besar.
Ianya bertindak dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan sembelit.
Dewasa ini daun gelenggang juga digunakan dalam perubatan moden. Sama seperti kegunaannya secara tradisional, ianya digunakan sebagai laksatif. Bahan aktif dalam daun senna iaitu sennoside akan diekstrak dan digunakan sebagai ubat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendaftarkan ubat yang mengandungi daun gelenggang dalam kategori ubat tradisional dan dalam kategori ubat farmaseutikal, ianya didaftarkan sebagai Ubat Bukan Preskripsi (OTC: Over The Counter).
Bagi ubat tradisional, indikasi yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Digunakan secara traditional untuk melegakan sembelit ringan.
Ubat tradisional yang mengandungi daun gelenggang bersama dengan kombinasi bahan herba lain, indikasinya bergantung kepada kandungan dan formulasi keseluruhan ubat tradisional tersebut.
Bagi ubat tradisional yang mengandungi kuantiti daun gelenggang kering kurang daripada 0.5g atau mempunyai kandungan sennoside kurang dari 20 mg melalui persediaan ekstrak piawai (standardized preparation), indikasi yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Daun gelenggang dikatakan selamat untuk digunakan dalam jangka masa pendek bagi indikasi sembelit. Ianya boleh diambil oleh warga tua, wanita selepas bersalin, dan pesakit kanser yang masih mengambil dadah narkotik.
Pengguna hendaklah mematuhi arahan pengambilan seperti yang jelas tertera pada label ubat tradisional tersebut. Dos yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman serta kesan penggunaannya turun temurun.
Lain2 kegunaan
Merawat gatal kulit, ruam, kudis dan kurap, merawat panau dan ketuat. Selain itu, ia juga dapat mengubati sakit perut, masalah cacing, sembelit, pedih ulu hati dan hilang selera makan. Pokok Gelenggang ini juga dipercayai dapat merawat sengatan berbisa.
Kegunaan Daun gelenggang
Untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.
Caranya 1
a) Daun gelenggang dilumatkan tanpa air.
b) Campurkan sedikit minyak tanah (setitik) ke dalamnya.
c) Campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap.
d) Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.
e) Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja. 
Cara 2
Ambil 11 helai daun gelanggang campur dgn air biasa dan blander
Tapis dan ambil airnya dan dibuat mandi.
bagi yang muslim niatkan dan baca selawat 7 kali.
selepas mandi jangan lap.biarkan kering 
*Bagi baby sapukan saja ditempat yang gatal
Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas.
Di sesetengah negara Amerika Selatan, air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria. Daun gelenggang segar juga di petik dan dikeringkan. Setelah daun daun gelenggang dikeringkan secara jemuran semulajadi, ia akan di salaikan diatas bara api, untuk menimbulkan rasa dan aroma, daun daun yang telah disalai di simpan untuk di minum sebagai teh, yang dikenali sebagai teh Sulok oleh orang Sarawak. Rasanya ringan dan baik sebagai minuman melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol darah (blood cholesterol) dan membersihkan perut.
**Amaran, perempuan mengandung,menyusukan anak dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.
()Semoga info ini bermanafaat untuk kita semua
NOTA PENTING
Untuk pengetahuan sahaja
Sila dapatkan nasihat DOKTOR/PAKAR jika anda mengalami sesuatu penyakit sebelum anda menggunakan sebarang Herba secara rutin harian.
Sekian Terima Kasih.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search