Friday, September 27, 2019

Selepas 3 Minit Baca Ebook Ini, Saya Dapat Buat 30 Headline Padu


Bunyi macam hype tapi itulah hakikatnya, selepas saya baca ebook yang bertajuk 105 template headline padu ni, ia benar-benar membantu kita hasilkan headline padu untuk copywriting di sosial media dan blog untuk orang berhenti membaca.

Kalau anda kenal Hafiz Mansor, beliau adalah penulis belakang tabir yang banyak membantu memviralkan facebook page pelanggan-pelanggan mereka.


Dalam ebook ini korang akan diberi beberapa case study dan contoh template untuk anda tukar dan sesuaikan dengan produk atau perkhidmatan anda.

Pendapat peribadi saya, Ebook ni memang sangat sesuai untuk anda yang mungkin dropshipper, ejen, stokis, wakil jualan atau pemilik perniagaan yang tercari-cari ayat terbaik untuk anda mula menulis.

Untuk buat orang berhenti di iklan atau di content tulisan anda, sangat-sangat perlu anda menulis headline padu bermula sekarang.

Jangan ambil mudah dengan pandang enteng skill ni. Tak guna kalau anda menulis sesuatu tetapi ia tak menarik orang untuk terus membaca sehingga habis. Betul tak?

So, saya ada beri link kat atas, anda boleh klik dan baca info yang dikongsikan dan buat keputusan samada anda memang perlukan sangat-sangat atau tidak teknik ini.

Sebagai usahawan, sangat dicadangkan anda tambah ilmu dengan memahami skill menulis headline padu!
Thursday, September 26, 2019

3 Cara Pantas Atasi Masalah Sinki Tersumbat



Teruk. Memang teruk bila sinki kat rumah kita tersumbat. Tersumbat sebab apa? Banyak benda boleh jadi.

Salah satunya adalah lemak-lemak sisa makanan yang dah mengeras kat dinding-dinding saluran paip sinki. Kena pula saluran paip yang ada bentuk U.

Sekali panggil plumber datang buat kerja, kos boleh cecah ratusan ringgit. Paling kita tak tahan bila paip tersumbat ni, bau busuk dalam rumah menusuk hidung.

Dah cuba macam-macam cara untuk selesaikan masalah sinki tersumbat ni. Ada yang suruh letak clorox, letak asid, letak perahan limau, letak soda cuci baju.

Semakin teruk bila paip mula bengkok, rosak sebab kaedah yang kita guna tu salah. Maka, terbang lah duit untuk upah plumber settle kan masalah sinki tersumbat ni.

Dalam kes saya sendiri, saya pernah berpengalaman habis duit cecah ribuan ringgit setahun bila saluran paip sinki saya tersumbat.

Dan akhirnya bila saya terjumpa satu produk alternatif ni, saya jadi lega sangat-sangat. Rupa-rupanya ada kaedah yang sangat jimat. Kos tak sampai RM50, masalah bertahun-tahun selesai dalam masa beberapa minit sahaja.

Anda boleh cari produk nama dia Ratu Soda. Produk ni tengah viral sekarang. Lagi power dari Soda Kuda Api.



Dekat Shopee ada jual Ratu Soda ni. Harga lagi jimat dari beli Soda Kuda Api. Untuk pack 150gram ni, harga satu pek baru RM12.00.

Lebih berkesan dan dijamin tak merosakkan saluran paip air kerana soda ni bukan asid.

Cara guna pun senang je.

1. Tuang 75 gram Ratu Soda kat lubang sinki atau saluran paip yang tersumbat.
2. Tuang 1000ml air panas. Tunggu dalam 10 minit.
3. Selepas tu tuang lagi 1000ml air panas.


InshaAllah masalah paip tersumbat selesai dengan Ratu Soda ni. Saya pun cadangkan Ratu Soda ni kena standby stok kat rumah. 1 pek ni boleh guna 1-2 kali penggunaan.

Yer la, kat rumah kita masalah bukan setakat kat saluran paip sinki, kat saluran paip bilik air pun selalu ada masalah juga.

Bila mandi, rambut yang gugur kat lantai, akan tergumpal dan tersangkut kat dalam saluran air paip. Lama-lama bilik air bertakung dan air tersumbat. Mula la bilik air bau busuk sebab paip bercampur dengan rambut, lemak sabun yang mengeras kat dinding saluran paip.

Jadi, untuk atasi masalah ni, guna sahaja Ratu Soda ni. Memang mujarab lah!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search