Monday, October 14, 2019

Apakah Sebab Sakit Lutut Usia Muda



1. PUNCA & PENYEBAB SAKIT LUTUT

Ada banyak pembahagian kepada punca sakit lutut. Menurut kami, pembahagian ini lebih ringkas dan mudah difahami. Ia sekaligus akan memudahkan penjelasan untuk simptom serta terapi sakit sendi lutut nanti. Secara garis besar, kami bahagikan sakit lutut kepada 2 bahagian, iaitu :-
SAKIT LUTUT AKUT – Terjadi cepat. Hari semalam tiada, hari ini terus dapat. Kadang terus parah, susah nk berjalan. Biasanya terjadi pada golongan muda. Akibat kecederaan ketika bersukan, akibat kemalangan jalan raya, terjatuh dari tempat tinggi dan seumpamanya.
SAKIT LUTUT KRONIK – Terjadi perlahan-lahan. Proses berjalan sikit-sikit selama bertahun-tahun lamanya. Biasa terjadi pada golongan yang sudah lanjut usia. Jarang kita dengar terjadi pada usia muda, kerana prosesnya makan masa bertahun.
Sakit lutut kronik, kami bahagikan lagi kepada 2 bahagian khusus, iaitu :-
Akibat penuaan – Semakin usia meningkat, kulit menjadi kendur, mata semakin kabur, begitu jugalah sendi. Sel-sel di sendi lutut mengalami proses degeneratif, iaitu badan tidak dapat perbaharui sel lutut yang semakin rosak, secepat waktu muda remaja dahulu. Akibatnya sendi tidak dapat berfungsi secara optimal, dan bila berjalan akan sakit. Semakin dibiarkan, biasanya semakin sakit atau parah.
Akibat penyakit sistemik – Penyakit dalam badan seperti gout, yang lama kelamaan menyebabkan kristal tajam berkumpul di dalam sendi lutut, sikit demi sedikit, sehingga menyebabkan kesakitan. Sebab itu kadang sendi ada yang bengkak keras, itu adalah urik asid dari gout yang telah termendap dalam sendi !

2. SIMPTOM (TANDA & GEJALA)
Ok sekarang sudah lebih mudah. Untuk penjelasan tanda dan gejala, kami jelaskan juga berdasarkan pembahagian di atas.

AKUT
– Tanda yang paling sering adalah ia berlaku cepat. Biasanya selepas beraktiviti sukan, selepas kecelakaan jalanraya, selepas trauma (eg: jatuh, tersadung, terhantuk, tertimpa barang) pada daerah sendi lutut.
– Antara komponen lutut yang boleh cedera adalah tulang keras, tulang rawan, ligamen, tendon atau otot.
– Cedera tulang keras : Tidak boleh berjalan sama sekali. Mungkin retak atau patah. Jika pijak atau digerakkan akan terasa sangat sakit.
– Cedera tulang rawan : Biasa boleh digerakkan. Jika pijak atau duduk bersila, akan sakit. Jika berjalan, semakin lama semakin sakit.
– Cedera ligamen : Jika hanya ligamen sahaja, simptomnya adalah bila berjalan, rasa seperti lutut lari (ada yang sebut, alignment lutut lari, waktu berjalan lutut rasa “membuang”).
– Cedera tendon : Biasanya boleh berjalan tapi tidak boleh berlari atau jogging. Semakin lama berjalan, semakin kerap tendon bergesel, semakin sakit rasanya. Setelah berehat, sakit hilang sendiri. Namun jika berjalan, akan sakit kembali.
– Cedera otot : Otot sekitar lutut akan bengkak, sakit apabila ditekan atau terasa tegang.

KRONIK
– Tanda yang paling utama adalah sakit lututnya perlahan-lahan. Semakin lama, semakin sakit. Biasanya pesakit sudah makan ubat tahan sakit, sudah pergi urut, dan makan makanan tambahan (suppliment). Paling sering pada usia diatas 50 tahun.
– Biasa terjadi pada mereka yang berat badan berlebihan.
– Akibat degeneratif : Banyak pada usia lanjut (proses penuaan), sakit ketika berjalan, sakit ketika dilipatkan, kadang sakit waktu sejuk. Nak solat berdiri sudah tidak mampu. Berjalan laju atau berjalan lama akan menjadi semakin sakit. Bila berehat, sakit akan berkurang tapi tidak hilang sepenuhnya.
– Akibat penyakit sistemik
– Biasanya adalah Gout dan Rheumatoid Arthritis (rematik). Gout sering diikuti dengan serangan gout lepas tersilap makan. Nak digerakkan sendi pun sakit, apatah lagi nk berjalan. Kadang gout yg teruk, kain ditiup angin pun boleh merasa sakit yang tajam menusuk. Pada rheumatoid arthritis (RA) pula, sakit hampir sama gejala dengan degeneratif (rujuk tulisan di atas). Sering disertai dengan sendi-sendi di jari atau kaki yang membengkak atau membengkok.
3. PILIHAN RAWATAN (KELEBIHAN & KEKURANGAN)
RAWATAN SAKIT LUTUT AKUT
Sama seperti tadi, doktor kami akan menjelaskan pilihan rawatan sakit lutut berdasarkan pembahagian punca seperti yang telah dijelaskan di atas. Rujuk tulisan di atas, jika anda belum membacanya.
Terapi awal untuk Sakit Lutut Akut, iaitu yang terjadi kerana kecederaan sukan (sports injury), kemalangan lalu lintas (accident) atau trauma (jatuh, tertimpa barang, terhantuk dan sebagainya) adalah seperti berikut :-
REST – Lutut yang cedera harus direhatkan. Untuk mengelak bertambahnya kecederaan akibat digerak-gerakkan.
ICE – Tuam dengan ais (air batu). Persekitaran yang sejuk akan mengurangkan rasa sakit, dan mengurangkan bengkak.
COMPRESSION – Kompres bermaksud ditekan atau dipasangkan bandage. Ini untuk menstabilkan lutut yang sedang cedera.
ELEVATE – Jika bengkak yang besar, adalah lebih baik diangkatkan melebihi paras jantung ketika pesakit baring.
Rawatan susulan selepas terapi awal untuk sakit lutut akut, adalah berjumpa dengan doktor bahagian tulang. Doktor akan melakukan pemeriksaan sendi lutut, kemungkinan besar akan melakukan xray dan melanjutkan dengan CT-scan (untuk patah yg kompleks) atau MRI (suspek cedera ligament, tendon atau tulang rawan).
Ubat tahan sakit hanya menghilangkan sakit seketika tapi tidak merawat punca sakit. Adalah tidak dianjurkan untuk makan ubat tahan sakit untuk jangka waktu yang berpanjangan.
Doktor bahagian tulang (dikenal sebagai ortopedik) akan memberikan diagnosis selepas pemeriksaan.
Rawatan sakit lutut adalah berdasarkan diagnosis, antara diagnosisnya adalah :-
Tulang patah / retak – Memerlukan simen. Kadang perlu operasi, bergantung pada bagaimana tahap patah itu. 
Cedera tulang rawan / ligamen / tendon –Kemungkinan besar perlu dilakukan pembedahan skop, atau dikenal sebagai athroscopy. Sendi lutut ditebuk, kamera kecil dimasukkan dan kecederaan dalam sendi diperbaiki. Perlu merehatkan sendi selepas pembedahan skop (pakai tongkat, pakaiknee brace, kadang perlu kerusi roda).
Ubat makan, injeksi lutut dan pembedahan ganti sendi lutut adalah TIDAK DIREKOMENDASIKAN sama sekali.
KELEBIHAN – Majoriti pesakit selepas operasi boleh kembali pulih seperti biasa. Namun ada juga yang pulih tapi tidak dibenarkan bersukan kembali. Kadar penyembuhan tinggi kerana biasa terjadi pada pesakit usia muda.
KEKURANGAN – Rawatan susulan selepas pembedahan dan penjagaan lutut selepas pembedahan yang lama (berbulan-bulan lamanya) dan sedikit rumit. Ada pantang larangnya. Jika tidak menjaga pantang larang, contohnya kaki yang sendinya sakit jangan pijak sama sekali, boleh menyebabkan penyembuhan tidak sempurna.
Tidak banyak pilihan untuk sakit lutut yang berpunca pada trauma ini.
RAWATAN SAKIT LUTUT KRONIK (AKIBAT PENYAKIT SISTEMIK)
Sekiranya sakit lutut adalah berpunca daripada sakit sistemik seperti gout atau rematik (rheumatic),penyakit sistematik itu haruslah terkawal terlebih dahulu. Contohnya :-
GOUT
– Paras urik asid dalam darah haruslah rendah atau berada pada tahap yang dianjurkan doktor. Semakin tinggi kandungan urik asid, semakin besar risiko untuk termendapnya kristal urik asid dalam sendi lutut.
– Pemakanan amat berperanan dalam kes ini. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan purin seperti daging merah, semua makanan laut, makanan berasaskan kacang (seperti soya, kicap soya, kacang panjang dan lain-lain), makanan proses dalam tin (seperti sardin, tuna, daging salai), sayur tomato dan sayur yg berwarna hijau (seperti kailan, sawi dan seumpamanya).
** bergantung kepada kesesuaian setiap individu **
– Minum air yang cukup. Air kencing yang berwarna kuning jernih adalah tanda anda sudah minum cukup air.
– Berhenti merokok sekiranya ada.
– Ambil ubat tahan sakit jika terlalu sakit, lebih baik dielakkan jika mampu.
.RHEUMATIC ARTHRITIS
– Elakkan makanan yang diproses dalam tin, makanan cepat saji (fast food), minuman bergas, penyedap rasa (MSG), gula putih, susu pekat manis, minuman berkafein dan makanan yang tidak sihat lainnya. Ini kerana makanan tadi menyebabkan proses peradangan / inflamasi. Radang ini boleh memicu serangan akut rematik arthritis.
– Minum air yang cukup.
– Stress dan tidak mendapat tidur yang berkualiti antara punca radang semaking menjadi parah.
Untuk masalah sakit lutut akibat penyakit sistemik ini, juga tiada banyak pilihan rawatan yang terbukti secara klinis. Oleh kerana penyakit kronik itu belum ditemui penawarnya, sakit lutut juga kemungkinan besar tidak akan sembuh.
KELEBIHAN : Rawatan sakit lutut yang disebabkan penyakit sistemik adalah bersifat preventif atau simptomatik. Biasanya adalah dari segi pemakanan dan gaya hidup sihat. Tiada pembedahan. Ubat tahan sakit boleh diambil untuk mengurangkan sakit.
KEKURANGAN : Peluang sangat tipis untuk pulih sepenuhnya. Pantang makanan seumur hidup. Ubat tahan sakit tidak digalakkan untuk diambil berterusan dalam jangka masa yang panjang (melebihi seminggu).
RAWATAN SAKIT LUTUT KRONIK (AKIBAT PROSES PENUAAN / DEGENERATIF)
Juga dikenal sebagai Osteoarthritis (OA).
Antara kesemua penyakit sendi lutut, osteoarthritis adalah yang paling sering terjadi. DIperkirakan 60-70% sakit sendi lutut adalah kerana OA ini.
Untuk sakit lutut kerana osteoarthritis ini, terdapat beberapa pilihan terapi. Ia bergantung kepada tahap (grade) keparahannya.
OA ada 4 tahap dan tahap ini hanya dapat ditentukan dengan tepat menggunakan pemeriksaan X-ray. Penerangan tentang tahap OA adalah seperti berikut :-
TAHAP SATU
– Tulang rawan belum haus. Sakit terjadi akibat berkurangnya cecair di celahan sendi lutut. Bila bergesel sendi, akan sakit. Ini tahap paling awal. Sekiranya anda mendapatkan rawatan pada tahap ini, sakit boleh hilang sepenuhnya.
TAHAP DUA
– Tulang rawan sudah mula haus. Ini terjadi kerana cairan yang berkurang tidak dirawat, geseran yang terjadi lama kelamaan menyebabkan sendi semakin haus. Tandanya adalah celahan sendi pada xray semakin menyempit.
TAHAP TIGA
– Tulang rawan semakin menipis. Tulang keras hampir bertemu antara tulang peha dan betis, tapi belum bertemu (pada gambar xray). Cairan sendi amatlah sedikit. Pada keadaan ini, berjalan sedikit pun sudah sakit, namun sendi masih boleh dilipatkan sedikit.
TAHAP EMPAT
– Tahap paling parah. Dari gambaran xray. tulang peha dan tulang betis sudah bertemu antara satu sama lain. Tulang rawan sudah tiada lagi. Pada keadaan ini, amat susah untuk berjalan. Sendi menjadi ketat, kadang kaki sudah mula membengkok bila berdiri tegak. Kebiasaannya sudah bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Sudah tidak boleh melipatkan sendi lutut.
PENTING : Tahap 4 adalah paling serius. Rawatan sakit lutut yang tinggal hanyalah pembedahan menggantikan sendi. Tiada ubat, injeksi atau makanan tambahan yang dapat membantu. Rujuk segera ke doktor pakar ortopedik!
Tahap satu dan tahap dua, adalah dalam kategori awal. Sekiranya mendapat rawatan, hasil akhir boleh mengurangkan sakit secara total. Jika tidak mendapatkan terapi, lutut akan perlahan berganjak menjadi tahap ketiga dan keempat.
Pilihan rawatan sakit lutut adalah : Mengurangkan berat badan, makan ubat tahan sakit, amalkan supplement tambahan seperti glucosamine, chondroitin, MSM, kolagen dan mendapatkan rawatan suntikan lutut.
Pada tahap tiga, doktor sudah mula berfikir ke arah pembedahan. Jika ke hospital swasta, mereka biasanya menyarankan pembedahan terus. Namun majoriti doktor di hospital kerajaan, akan menyarankan pesakit untuk mendapatkan SUNTIKAN LUTUT. 
Antara suntikan lutut yang bermanfaat dan terbukti secara kajian klinikal oleh KKM adalahsuntikan dengan hyaluronic acid dan suntikan dengan platelet rich plasma (PRP).
( Sumber : Portal Rasmi KKM, Laporan Kajian Teknologi Kesihatan, 2013, Osteoarthritis )
Suntikan Hyaluronic Acid (HA) adalah bersifat menggantikan cairan sendi yang berkurang. Sangat bermanfaat pada sakit lutut OA tahap satu. Bermanfaat juga untuk OA tahap dua dan tiga.
Suntikan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah bersifat meransang proses baikpulih tulang rawan yang sudah haus. Tulang rawan yang haus, akan kembali tumbuh. Terapi ini adalah temuan saintifik terkini. Ia sangat selamat dan bertindak dengan memulihkan kerosakan sel.
Menurut satu kajian yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Melaka pada tahun 2014, pesakit OA yang mendapat terapi PRP beserta suntikan HA, menunjukkan hasil akhir yang sangat positif. Sakit berkurang, pergerakan sendi menjadi lebih baik dan tiada komplikasi yang direkodkan.
KELEBIHAN : Tahap satu & tahap dua OA boleh pulih sepenuhnya dengan rawatan sakit lutut dengan suntikan PRP dan HA. Manakala tahap tiga, dengan PRP + HA mampu mengurangkan sakit dan simptom lainnya sebanyak 60-70%. Terapi relatif sangat selamat, tidak perlu bius tidur. Hanya dilakukan pada bilik prosedur dengan bius setempat.
KEKURANGAN : Tahap empat hanya boleh dirawat dengan pembedahan. Untuk tahap satu hingga tahap tiga, selepas suntikan PRP + HA perlu pantang, iaitu kurang berjalan selama beberapa bulan. Kos sedikit mahal namun jauh lebih murah berbanding kos pembedahan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan sakit sendi lutut menggunakan kaedah Platelet Rich Plasma (PRP) dan Hyaluronic Acid (HA) boleh klik pada link berikut :-
>> Rawatan suntikan PRP dan Hyaluronic Acid
GOLD STANDARD OSTEOARTHRITIS TREATMENT 
Rawatan sakit sendi lutut pada tahap tiga (menuju empat) dan tahap empat, tetap adalah pembedahan. Ini adalah rawatan gold standard atau rawatan yang diiktiraf memberikan keberkesanan tertinggi di seluruh dunia.
Namun begitu terdapat kelebihan dan kekurangan rawatan ini. Hanya yang memenuhi indikasi sahaja dianjurkan untuk menjalaninya. 
Berikut kami jelaskan pro & con rawatan sakit lutut dengan pembedahan ganti sendi :-
KELEBIHAN PEMBEDAHAN
– Mengurangkan sakit secara signifikan. Separuh daripada pesakit yang dibedah, melaporkan sakit sendi lutut mereka hilang secara total. Manakala separuh lagi, melaporkan sakit berkurang sebanyak 60-70% namun tidak hilang sepenuhnya.
KEKURANGAN PEMBEDAHAN
– Hanya sesuai untuk usia di atas 60 tahun. Ini kerana selepas pembedahan, tidak dianjurkan banyak berjalan sampai bila-bila. Di hospital kerajaan, hanya mereka yang sudah pencen sahaja akan dipertimbangkan.
– Perlu memenuhi indikasi. Indikasi utama adalah tahap (grade) keparahan sendi lutut. Tahap 3 (yang sakitnya tidak dapat ditoleransi lagi oleh pesakit) dan tahap 4 sahaja. Tahap awal tidak dianjurkan sama sekali.
– Risiko sewaktu pembedahan iaitu risiko ubat bius tidur. Boleh terjadi ganguan pernafasan dan berhenti jantung yang boleh menyebabkan kematian kerana reaksi komplikasi ubat bius (tidak boleh dijangka).
– RIsiko selepas pembedahan. Iaitu boleh terjadijangkitan kuman dalam sendi. Kemungkinan besar sendi perlu dikeluarkan semula jika terjadi jangkitan sendi yang hebat.
– Sendi lutut yang diganti adalah berasaskan besi. Disebut juga sebagai implan. Implan ini mempunyai jangka hayat. Ia mampu berfungsi optimum selama 10 -15 tahun sahaja. Selepas itu, implan ini akan rosak atau longgarsehingga pesakit tidak boleh berjalan. Pembedahan kali kedua mungkin terpaksa dilakukan dan risikonya lebih besar.
– Pantang selepas pembedahan. Perlu diamalkan seumur hidup. Antaranya adalah tidak boleh duduk bersila, tidak boleh solat berdiri (perlu solat atas kerusi sahaja), tidak boleh bercangkung dan kurangkan berjalan (untuk memanjangkan jangka hayat implan).


-------------------------------



Herba Emorra Episor dipercayai telah membantu ramai orang untuk mengatasi masalah sakit lutut. Ia telah dicadangkan oleh ramai doktor komplimentari dan ahli farmasi.

Ia adalah 100% bahan herba tidak ada sebarang campuran bahan kimia berbahaya. Dihasilkan di Malaysia melalui kilang ubat yang berdaftar dengan KKM dn bertaraf GMP.

Herba ini turut mendapat pensijilan halal dari Jakim. Dijual di lebih 100 buah farmasi yang mengambil bahagian.

Jadi kepada anda yang boleh ambil herba, boleh ikhtiar amalkan herba Emorra Episor ini.

Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan lutut tetapi juga membantu meningkatkan imun badan manusia. Terutama mereka yang sudah berumur 30 tahun ke atas.

Jika anda terbaca artikel ini, anda dicadangkan untuk cuba herba ini dengan buat pembelian di http://www.emorra.com.my/product/herba-emorra-episor/

Cuba sebotol-2 botol untuk lihat keberkesanannya.



herba untuk sakit lututubat sakit lutut terbaikubat sapu sakit lutut farmasipetua sakit lutut epal hijaucara merawat sakit lutut secara tradisionalcara menghilangkan sakit lutut dengan cepatpokok herba untuk sakit lututosteoarthritis lutut

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search