Wednesday, October 2, 2019

Rahsia Kunyit Hitam Hasil Kajian MARDI




KUNYIT hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.

Lazimnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan berkaitan kanser, ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)  melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.

“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.

“Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.

Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.


---------------------------------------

Salah satu alternatif kunyit hitam ialah herba Horny Goat Weed.


Herba Horny Goat Weed adalah tanaman herba yang banyak terdapat di tanah tinggi China. Manfaatnya lebih besar berbanding kunyit hitam.

Ia berfungsi seperti viagra asli. Horny goat weed telah dikaji oleh ramai ahli sains dan hasil kajian mendapati horny goat weed membantu mengembalikan tenaga dalaman lelaki dan wanita, menyegarkan semula fungsi seksual lelaki dan wanita, mengembalikan morning wood, membantu mengatasi masalah mati pucuk, menyegarkan badan, menguatkan imun badan, mengatasi lesu-lesu badan, mengatasi masalah microsleep, melambatkan penuaan, memekatkan air mani, menghasilkan air mani berkualiti serta sangat baik untuk kesihatan otot, sendi dan tulang.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search