Sunday, November 10, 2019

Bahaya Micro sleep membunuh, terlelap seketika ketika memandu

Bahaya Micro sleep membunuh, terlelap seketika ketika memandu



Kemalangan jalan raya kerap dilaporkan sepanjang musim perayaan disebabkan pelbagai faktor antaranya pertambahan jumlah kenderaan, kelalaian, memandu secara melulu dan sesetengahnya terlelap seketika ketika memandu atau micro sleep.
Micro sleep adalah masalah tidur apabila individu terbabit mengalami keadaan di mana otaknya tidur tetapi sensori seperti mata, tangan dan kaki masih aktif.
Keadaan tertidur seketika ini berlaku dalam tempoh singkat dengan jangkamasa antara satu hingga lima saat tetapi boleh menyebabkan kemalangan jika individu itu sedang mengendalikan jentera atau kenderaan.
Pengarah UMCares, Pusat Komuniti dan Kemampanan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, berkata keadaan itu biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang bekerja syif atau bekerja dalam sistem pekerjaan yang menyebabkan tidur tidak teratur.
“Kesan kekurangan tidur atau berhutang tidur menyebabkan penat dan boleh terlelap seketika pada masa itu terutama jika sedang melakukan aktiviti yang tidak memerlukan banyak pergerakan atau monotonous.
“Situasi ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya sedang memandu atau mengendalikan kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan. Itulah sebabnya kita selalu mendengar golongan pekerja seperti doktor mengalami kemalangan,” katanya.
Berlaku gangguan tidur
Katanya, rasa mengantuk yang dialami akibat micro sleep berbeza dengan rasa mengantuk akibat makan ubat seperti ubat batuk.
Kajian menunjukkan kelenjar thalamus di dalam otak yang berfungsi mengawal tidur tetapi bahagian deria lain seperti mata dan tangan tetap bergerak. Justeru, ketika memandu, individu mungkin kelihatan sedar tetapi sebenarnya tertidur.
“Micro sleep juga berkaitan masalah kesihatan lain seperti penyakit gangguan tidur (sleep apnea) seperti berdengkur yang menyebabkan penghidap tidak cukup tidur akibat kerap terjaga kerana nafas terhenti dan tidak boleh bernafas. Masalah insomnia menyebabkan penghidapnya selalu berhutang tidur kerana tidak dapat tidur malam dan berisiko mengalami micro sleep,” katanya.
Dr Ameer Saddiq berkata, semua masalah ini boleh diatasi dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan daripada pakar berkaitan seperti pakar telinga, hidung dan mulut atau psikologi. Sekiranya tidak mengalami sebarang penyakit, mungkin terdapat faktor lain seperti gaya hidup yang perlu diubah.
Beliau berkata, ini termasuk mengelakkan tidur lewat malam, suasana bilik tidur yang lebih baik dan menenangkan, berhenti merokok atau minum minuman mengandungi kafein seperti kopi.
“Bagi mereka yang bekerja syif, sebaiknya majikan menyediakan kemudahan berehat termasuk tidur sebelum pulang ke rumah.
“Sebelum pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri, berehatlah dulu sebelum pulang atau pastikan ada pemandu pengganti sekiranya mengantuk,” katanya.
Pemandu muda juga berisiko
Pengarah Pusat Penyelidikan Tidur Universiti Loughborough United Kingdom (UK), Prof Jim Horne, berkata pemandu muda juga berisiko mengalami keadaan sedemikian kerana mereka memerlukan waktu tidur mencukupi.
Beliau berkata, dianggarkan lebih 20 peratus kemalangan di jalan raya yang membosankan berkaitan faktor tertidur. Tidur tidak datang secara tiba-tiba, anda tidak boleh memandu secara sedar dalam seminit dan tertidur selepas itu. Selalunya terdapat masa yang cukup untuk menyedari anda begitu mengantuk ketika itu.
Beliau menasihatkan sekiranya mengantuk, berhenti, letakkan kereta dengan selamat dan mengambil minuman mengandungi kira-kira 150 miligram kafein.
Katanya, ini memberikan kesan dalam tempoh 20 minit, jadi tidur selama 15 minit dan segarkan badan selama lima minit sebelum menyambung semula perjalanan anda.
Beliau berkata, ketika mengalami ‘micro sleep’, seseorang akan terlelap antara lima hingga 10 saat yang mana otak sebenarnya tertidur secara tanpa rela.
Terjaga dalam keadaan terkejut
“Otak tertidur secara tidak sedar dan cenderung berlaku dalam keadaan kaku dan membuatkan seseorang terjaga dalam keadaan terkejut.
“Kelopak mata mula tertutup dan tidak berhubung lagi dengan dunia hakiki, anda tertidur beberapa saat dan sering kali terjaga dalam keadaan terkejut dengan kepala mengalami kesan kejang,” katanya.
Hasil kajian Pusat Penyelidikan Tidur universiti berkenaan terhadap 1,000 pemandu mendapati, 45 peratus lelaki mengaku mengalami ‘micro sleep’ ketika memandu berbanding 22 peratus wanita.
Katanya, kepala kejang ini menyebabkan seseorang itu mengetahui mereka mengalami ‘micro sleep’ kerana otak sebenarnya tidak dapat mengingati tidur sekejap itu.
“Tidur perlu berpanjangan selama seminit atau dua minit untuk otak mengingatinya tetapi dengan ‘mikro sleep’, anda tidak berasa atau tahu mengenai apa yang anda lakukan,” katanya yang mengkaji mengenai keletihan dialami pemandu selama 10 tahun.
Info
*Simptom awal:
-mata kuyu, menguap, tersenguk sengguk, otak dah tak berfungsi.
*‘Micro sleep’ sering berlaku pada:
- waktu tengah hari
(tubuh mengalami penurunan tahap tenaga)
Punca micro sleep:
- Mengantuk
- Sering dikaitkan dengan aktiviti yang dibuat berulang seperti memandu atau menonton televisyen.
- Lebih mengantuk, lebih risiko mengalaminya.
-------------
Ada cara yang terbukti membantu mengatasi microsleep. Ramai ahli farmasi dan doktor komplimentari syorkan pengguna atau pemandu amalkan herba emorra episor.

Emorra Episor adalah 100% herba terbaik yang telah diakui oleh ramai pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei mengenai kebaikan mengatasi masalah microsleep.

Untuk dapatkan herba Emorra Episor ini, anda boleh klik di link ini: http://www.emorra.com.my/product/herba-emorra-episor/

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search