Wednesday, November 27, 2019

Sabun Baju Untuk Bayi Yang Tidak Menyebabkan Gatal Gatal




Adakah baju bayi perlu dicuci menggunakan detergen khas?

Jawapannya adalah ya. Detergen atau sabun basuh baju komersial yang digunakan untuk pakaian orang dewasa biasanya mengandungi bahan kimia dan pewangi akan menyebabkan rasa gatal-gatal atau kerengsaan (iritasi) kepada kulit bayi sensitif di awal usia.

Sekiranya anda ingin menjimatkan kos, cuba gunakan detergen khas untuk seisi keluarga yang hipoalergenik serta bebas bahan kimia dan pewangi yang merbahaya.

Tugas membasuh baju bayi seringkali dilihat sukar oleh kebanyakan ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru menimang cahaya mata sulung.

Tentu ramai yang masih keliru dan tidak pasti sabun mencuci baju bayi mana yang terbaik untuk anak anda. Kami telah senaraikan sabun cuci baju bayi yang terbaik di pasaran berdasarkan keperluan anda.

1. Fify Baby Laundry Detergent.

Membeli sabun mencuci baju khas untuk bayi pastinya memakan kos yang lebih tinggi. Fiffy menawarkan sabun basuh baju pada harga yang berpatutan tanpa sedikit pun mengurangkan kualiti pada produk.

Sabun ini diformulasi menggunakan surfaktan berasaskan tumbuhan dan teknologi enzim yang bermutu tinggi. Bebas daripada formalin, fosfat, peluntur serta pemutih yang berbahaya kepada kulit si manja anda. productnation

2. Applecrumby & Fish Baby Laundry Detergent

Produk ini dirumus khas untuk kulit bayi yang sensitif kerana tidak mengandungi sebarang pewangi sintetik dan bahan kimia yang berbahaya seperti pthalates, pewarna, SLS, SLES dan sebagainya. Produk ini hanya menggunakan minyak citrus semulajadi bagi memberi wangian yang segar kepada cucian anda. Juga berkesan untuk mencuci kesan susu dan makanan pada pakaian bayi anda. productnation

3. Sheer Organic Sabun Basuh Baju Halal

Cecair pencuci baju dari Sheer Organic ini mempunyai sijil halal dari JAKIM dan merupakan produk buatan Malaysia. Produk ini juga tidak mengandungi sebarang bahan berasaskan haiwan dan boleh digunakan pengguna Muslim tanpa was-was.

Anda hanya perlu menggunakan dalam kuantiti yang sedikit untuk cucian yang berkesan kerana formulasinya 3 kali ganda lebih pekat dari detergen biasa. Menariknya, detergen ini sesuai digunakan bagi mencuci baju anda seisi keluarga. productnation

4. Pureen A-B-D Liquid Detergent

Sabun cuci baju dari Pureen ini adalah antara detergen yang menjadi pilihan ramai ibu bapa. Sabun ini bukan sahaja wangi, tetapi juga berkesan untuk membersihkan kotoran degil pada baju bayi anda. Pada masa yang sama, sabun ini juga membantu membuang kotoran degil dan kuman. productnation

5. Buds Baby Safe Laundry Detergent

Jenama Buds sememangnya terkenal dengan produk-produknya yang organik dan selamat untuk bayi. Formulasi detergen dari Buds ini adalah bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan mudah terbiodegradasi. Produk ini mempunyai sijil ECOCERT, yang merupakan sebuah badan pensijilan antarabangsa kerana tidak mengandungi sebarang pewangi, pewarna, dan enzim sintetik.

Sebaliknya, bahan organik seperti ekstrak daun lidah buaya dan pewangi minyak pati organik digunakan bagi melindungi bayi anda sepenuhnya dari bahan kimia berbahaya. productnation

6. K-MOM Laundry Detergent

Bagi bayi yang mengalami masalah eczema, ibu bapa pasti runsing dalam memilih produk mencuci baju yang sesuai kerana terdapat pelbagai bahan kimia yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit bayi anda. Produk dari K-Mom ini adalah sepenuhnya hipoalergenik dan selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai masalah kulit teruk seperti eczema.

Selain itu, detergen ini juga tidak mengandungi 10 jenis bahan kimia berbahaya yang berpotensi menyebabkan kerengsaan kulit seperti paraben, sulfat, talkum, TEA dan banyak lagi. Malah, produk ini juga sesuai untuk orang dewasa yang mempunyai kulit sensitif. productnation

7. Offspring Baby Laundry Detergent

Adakah anda inginkan produk berasaskan bahan organik untuk si kecil? Jika ya, pencuci baju dari jenama Offspring ini sangat sesuai untuknya. Bahan-bahan yang digunakan adalah sepenuhnya berasaskan tumbuhan, tanpa surfaktan (agen pencuci), hipoalergenik seperti SLS dan SLES. Antara bahan yang digunakan termasuklah soapwort yang mengandungi steroid tumbuhan serta ekstrak tumbuhan herba seperti minyak pati Lavender. productnation


sabun basuh baju baby organikbila waktu sesuai basuh baju bayi

sabun basuh baju baby anakku
sabun basuh baju baby fiffy
sabun basuh baju baby tesco
sabun basuh baju baby eczema
basuh baju baby first time
sabun basuh baju baby tlc

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search