Wednesday, August 19, 2020

Apa Itu Yohimbe? Orang Afrika Barat Kuat Seksual Dengan Herba Ini?

 



Apa itu Yohimbe?

Ia adalah sejenis pokok malar hijau, kulitnya diguna dalam membuat ramuan ubat-ubatan secara tradisional untuk afrodisiak, rawatan untuk mati pucuk dan ketahanan dalam seksual.

Yohimbe banyak terdapat di Afrika Barat dan ia banyak digunakan sejak zaman berzaman oleh masyarakat di sana untuk menyelesaikan masalah tenaga batin lelaki.

Menurut sebuah kajian pada sekumpulan lelaki, 14% yang mengambil herba untuk tenaga batin lelaki ini berjaya untuk meningkatkan kemampuan seksual.

Ia mungkin disebabkan kombinasi di antara herba Yohimbe dengan L-arginine (asid amino yang berfungsi mengembang salur darah pada zakar lelaki).


Kesan sampingan jika mengambil dos berlebihan ialah kepala berasa pening. Jika anda mengambil herba ini tanpa pemantauan boleh menyebabkan sakit perut, masalah tidur, tekanan darah tinggi, jantung berdegup kencang, sakit kelapa dan sering buang air kecil.

Wednesday, July 15, 2020

Punca Najis Berdarah Dan Rawatan Sesuai Untuk Atasinya.. Ini Sebabnya






Pernahkah anda mengalami masalah najis berdarah? Apakah yang dimaksudkan dengan najis berdarah dan bagaimanakah cara untuk merawatnya? Dr Rosliza Ghazali, pakar bedah di Hospital Columbia Asia, Klang kongsikan punca najis berdarah dan cara untuk rawatinya.


Menurut Dr Rosliza, najis berdarah adalah tanda pesakit mengalami masalah usus. Pendarahan mungkin disebabkan daripada usus besar atau dubur. Sebahagian besar gejala najis berdarah adalah disebabkan masalah yang tidak serius seperti buasir dan ‘anal fissure’ (luka pada dubur) di mana rawatannya adalah asas dan tidak kompleks.

Tambah Dr Rosliza lagi, masalah najis berdarah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjadi tanda penyakit usus yang merbahaya seperti kanser usus. Mendapatkan rawatan awal untuk kanser usus adalah penting untuk penyembuhan sepenuhnya. Berikut adalah fakta mengenai najis berdarah.

Punca Najis Berdarah
  1. Buasir (haemorrhoids) – pembengakkan saluran darah di bahagian anus (lubang dubur)
  2. Luka pada dubur (anal fissure)
  3. Diverticular disease- dinding usus yang lama membentuk poket kecil di sepanjang dinding usus besar.
  4. Colitis – keradangan usus yang disebabkan kuman atau masalah kronik (ulcerative colitis)
  5. Polip – Ketumbuhan pada dinding usus.
  6. Kanser usus.
Tanda Amaran Lain Untuk Penyakit Usus Besar Selain Najis Berdarah.
  • Sembelit atau cirit birit yang berpanjangan.
  • Najis berlendir atau berwarna hitam
Pemeriksaan Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor.
  • Pemeriksaan pada bahagian abdomen (perut) untuk merasa ketumbuhan/benjolan.
  • Pemeriksaan di bahagian dubur untuk melihat sekitar lubang dubur dan warna najis.
Pesakit Yang Memerlukan Rawatan Lanjutan
  • Berusia 40 tahun ke atas
  • Mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser usus
  • Pernah melalui pemeriksaan awal tanpa menemui sebab sakit
Jenis Ujian Lanjutan Yang Diperlukan
  • Colonoscopy/Sigmoidoscop- Skop ini dalah sejenis alat berbentuk tiub yang mudah lentur. Di hujung tiub, dilengkapi kamera bagi membolehkan doktor melihat di dalam usus besar untuk mencari punca pendarahan.

-------
Alternatif lain ialah dengan amalkan pengambilan Feenugreek Juice Drink. Ia adalah minuman botani campuran seperti halba, acai berri, buah peach, buah mango, roselle dan sterol tumbuhan.



Friday, February 28, 2020

Buat Duit Dari Rumah Secara Part Time Dengan Dropship



Ada ramai yang tanya kami macam mana untuk mulakan bisnes dari rumah? Dah macam-macam seminar pergi. Seminar Nak Ubah Hidup, Seminar SifufBads, Seminar IMKK, Seminar MMM, Seminar Buat Duit Dengan Facebook, Seminar Google Ads, Seminar Buat Duit Dengan Instagram tapi sampai hari ni tak juga start-start.

Macam mana ni?

Bila baca kat blog ni, rasa teruja pulak nak start. Tapi tak tau betul ke boleh buat duit?

Kalau tanya saya, Ya! Anda memang boleh buat duit jika anda serius betul-betul nak buat.

Kalau setakat serius tapi buat dunno je lepas tu, sure tak buat juga duit. Buang masa lagi ada.

So, sempena tahun 2020 ni kami nak buka pengambilan team sales untuk beberapa produk kami. Dengan sekali yuran pendaftaran, anda akan dapat akses masuk ke group yang jual produk kami.

1. Anda akan dapat akses ke group team sales yang jual Episor
2. Anda akan dapat akses ke group team sales yang jual Gambir Jantan

Berapa yuran penyertaan?

Yuran penyertaan buat masa ni ialah RM99.00 sahaja.

Dengan bayaran yuran komitmen ni, anda akan dapat masuk ke 2 group tadi dan untuk setiap group ni akan diberi:

1. Bahan marketing seperti gambar, testimoni, info produk
2. Anda akan diberi panduan untuk guna sistem order kami yang unik untuk pesanan order.

So untuk mendaftar, korang boleh klik link ini: https://www.bizappay.com/pendaftaran-team-sales

Selepas anda dah buat pendaftaran, sila skrinshot bukti pembayaran dan hantar ke wasap 0173448110 (team sales). Kami akan buat pengesahan segera.

Dengan menjual produk-produk kami, anda akan dapat kelebihan seperti berikut:

1. Tak perlu keluar modal untuk beli stok
2. Tak perlu simpan atau pegang stok
3. Tak perlu packing barang
4. Tak perlu pos barang
5. Margin untung RM60-RM70 seunit
6. Cash reward bagi yang capai jualan 100 set sebulan.

Tapi kami tak buka pengambilan ini kepada sebarang orang. Hanya mereka yang serius dan layak sahaja akan diterima.

Antara syarat berikut:

1. Boleh keluarkan komitmen RM99.00 untuk pendaftaran (pertama kali)
2. Boleh beri komitmen untuk sentiasa berkomunikasi dalam group wasap
3. Boleh bertanggujawab untuk pastikan produk dijual mengikut garis panduan
4. Tidak buang harga.
5. Boleh hadir ke kelas latihan bila dijemput.
6. Bercita-cita tinggi untuk tingkatkan ekonomi diri dan keluarga.
7. Berimpian besar.

Jika anda adalah orang yang kami cari, sila daftar di link ini: https://www.bizappay.com/pendaftaran-team-sales

Kemudian skrinshot bukti pembayaran dan hantar ke wasap 0173448110
Monday, January 6, 2020

Cara Buat Jamu Manjakani Homemade Untuk Perapat Wanita



Kalau dapat buat sendiri jamu pastinya lebih puas hati dan paling utama kita tahu kualiti jamu yang dihasilkan adalah original dan dalam masa yang sama menjimatkan berbanding beli yang sedia ada dipasaran. 

Fungsi jamu pastinya untuk kesihatan dalaman, sekaligus mampu memberi kesan pada kecantikan luaran wanita. Ini sebagaimana perkongsian daripada Noraini Kahal menunjukkan bagaimana cara-cara nak  buat jamu manjakani. Ikuti perkongsian bermanfaat ini.

KAPSUL MANJAKANI HOMEMADE
Bahan-bahan :
Buah Manjakani
Kapsul kosong
Cara buat :
  1. Sangai seketika buah manjakani.
  2. Tumbuk dengan lesung batu untuk pecahkan manjakani.
  3. Kisar hingga halus.
  4. Tapis.
  5. Masukkan ke dalam kapsul.
Ekstra Info
1) Kapsul kosong beli di farmasi RM3.20/100pcs
2) Manjakani boleh beli di kedai sensei, kedai runcit india or pasaraya
3) cuci dulu baru sangai manjakani sekejap sahaja, asalkn biji manjakani panas.
4) Amalkan sebiji sehari.
5) Kalau period tu tak perlu amalkan. Just buat basuhan sahaja.
6) Biji manjakani ni kena tumbuk dulu sebelum dikisar sebab kalau tak ditumbuk boleh pecah blender.
7) Guna sarung tangan getah untuk masukkan serbuk manjakani dalam kapsul untuk menjaga kebersihan. Masukkan guna sudu sahaja, sangat mudah.


KHASIAT MANJAKANI

Berikut antara manfaat dan khasiat yang terdapat dalam buah manjakani

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

3. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

4. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang keanjalannya.

5. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

6. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

7. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

8. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

9. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

10. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

11. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

12. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

CARA DAN ATURAN GUNA

SEBAGAI LULUR/MASKER
Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.

Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.

SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT

Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. 

Ada beberapa cara sebenarnya.

Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.

SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT

Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.

*TIPS PENTING

Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda.


cara buat air minuman manjakanipantang larang makan manjakanicara ketatkan miss v dengan manjakani
cara meruang dengan manjakanijamu manjakani aslikhasiat manjakani untuk lelaki
cara membuat jamu manjakani di rumah
cara buat air minuman manjakani
cara buat jamu gentel
cara buat jamu sendiri untuk awet muda
cara buat manjakani gentel
cara buat majun wanita
cara buat jamu gentel manjakani
cara buat maajun manjakani sendiri

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search