Tuesday, August 16, 2022

Bila ada peluang, belajar untuk rebut peluang


 Gambar ini adalah hampir 8 tahun. Lama dah gambar ni merakam seribu makna.

Dalam hidup kita, kita sentiasa mencari peluang dan belajar untuk mendapat peluang yang lebih baik. 
Ramai orang kat luar sana gagal mendapatkan peluang baik kerana pemikiran mereka telah dikecilkan dengan cabaran, stress, kata-kata negatif orang sekeliling.

Bukan kita tak boleh.. kita sengaja mengatakan ia tidak boleh.

Dalam hidup ni kita kena belajar untuk mengurus. Kita perlu belajar mengurus duit. Kita perlu belajar mengurus masa. Kita perlu belajar mengurus kesihatan kita.

Kita boleh memilih untuk tidak menjaga pemakanan harian kita. Kita boleh memilih untuk tidak berjimat cermat. Kita juga boleh memilih untuk tidur lebih lama.

Sebab tu kita tengok ada orang kenapa usaha dia menampakkan hasil kemudian berjaya. Dan ramai juga kita nampak mereka gagal kerana usaha mereka mungkin berbeza atau sebaliknya.

Sejak tahun 2008, apabila saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan mulakan hidup tanpa majikan.. saya sedar kehidupan tidak terikat dengan gaji ini cabarannya lagi luar biasa.

Saya tidak boleh cepat duduk dalam zon selesa. Kalau tak, bulan tu pasti rasa macam serba tak kena. Serba tak cukup.

Mana nak bayar sewa rumah. Mana nak bayar loan kereta. Mana lagi duit belanja anak dan isteri. Kalau tak fokus dan tak merancang, silap haribulan hari tu makan nasi putih berlaukkan kicap je.

Sekarang dah tahun 2022.

Masih ramai lagi orang kat luar sana yang hidupnya struggle. Serba payah. Hutang keliling pinggang. Gaji pula tak cukup untuk tampung komitmen. 

Kalau ada balance pun dan tipis. Makin koyak poket. Semakin kosong.

Takkan kita nak terus meminjam dan hidup kita sampai mati hanya hidup untuk settlekan hutang?

Hari ini kalaulah kita ada peluang, peluang yang mungkin tak perlukan risiko, mesti kita seronok nak buat.

Nampak peluang mesti dengan semangat yang berkobar-kobar. Kalau kita nampak peluang tapi takda semangat nak buat.. itu pun payah juga.. 

Takda orang lain boleh bantu melainkan diri kita sendiri yang mahu dibantu.
Kena buang rasa tak percaya tu dulu.

Kena yakin usaha ini jalan keluar dengan izin Allah. Kalau betulkan niat, buat ikut dengan caranya kemudian amal dan lakukan ia jadi sebagai rutin.. inshaAllah lama kelamaan kita akan nampak hasilnya..

Kebetulan sekarang saya sedang buat satu program untuk bantu lebih ramai lagi orang untuk keluar dari kesempitan hidup dengan jadi ahli dropship produk saya.

Dalam erti kata lain.. saya nak lahirkan lebih ramai fighter yang boleh jana pendapatan tambahan.
Atleast dalam la buat beli susu anak, beli pampers anak, bawak anak makan kat kedai yang lebih sedap lagi, dapat beli baju baru anak, dapat bagi duit kocek kat pasangan, dapat bawa keluarga pergi bercuti walaupun kat tempat dekat-dekat je.

Kalau serius dan lagi sungguh-sungguh buat, anda bukan lagi dapat bina pendapatan sampingan dengan amount yang kecil.. tak mustahil boleh buat pendapatan yang lebih dari gaji yang anda dapat setiap bulan.

Tanpa perlu berhenti kerja dengan pekerjaan yang anda lakukan sekarang. Tanpa perlu fikir perlu keluarkan modal untuk beli stok. Tak payah pening nak simpan stok atau nak kena habiskan stok. Tak payah fikir kos-kos lain yang mana kalau orang buat bisnes ni pening kepala dia lain macam.

So lakukan apa yang saya nak offer pada korang ni tanpa sebarang risiko.

cumanya....

Saya tak dapat nak pilih semua orang.. Saya kena selected juga...

Yang betul-betul nak buat je saya akan pilih..

Kalau betul korang nak jadi sebahagian fighter saya.. saya cadangkan korang klik pada link yang saya beri ni: https://forms.gle/7Tf7iToLDGxqw7Ss6

Sila isi dengan betul, tepat dan jujur.

InshaAllah ada rezeki, korang akan terpilih jadi sebahagian family fighter saya.

Jumpa lagi,


Monday, August 8, 2022

Senang Ke Nak Hilangkan Jeragat Bila Umur Dah Nak Masuk 40 Tahun?




Soalan: Saya berusia 39 tahun dan wajah mula tumbuh pigmentasi. Apa punca pigmentasi ini dan adakah rawatan sesuai mampu menghilangkan noda itu.

Nuraini Binti Asmuni
Seksyen 13, Shah Alam.


Jawapan: Semua wanita inginkan wajah yang sentiasa kelihatan muda. Apa yang sebenarnya menyebabkan wajah kelihatan tua? Cuba lihat gambar semasa kita muda kemudian bandingkan dengan wajah sekarang. Mungkin banyak perubahan yang anda lihat.


Dua perubahan paling ketara yang boleh membuat wajah nampak lebih tua adalah kehadiran pigmentasi pada wajah dan kedutan pada muka. Tahukah anda, dengan merawat masalah jeragat, anda boleh kelihatan lebih muda lima ke 10 tahun.

Masalah pigmentasi yang sering berlaku dalam kalangan wanita berusia selepas 30-an adalah melasma

Apakah itu jeragat atau melasma, masih belum diketahui dengan jelasnya. Namun, ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan melasma antaranya kehamilan, pil perancang dan pil gantian hormone menopaus.

Pencegahan berkesan Melasma yang disebabkan perubahan hormon boleh hilang dengan sendiri beberapa bulan selepas kelahiran atau apabila seseorang berhenti mengambil pil hormon.

Faktor lain yang menyebabkan melasma adalah pendedahan kepada sinaran ultra lembayung (UV) yang kronik atau komplikasi kepada salah penggunaan bahan kosmetik. Melasma yang disebabkan faktor ini agak sukar dirawat.

Melasma adalah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis (lapisan atas), dermis (lapisan bawah kulit) atau kedua-duanya.

Setakat ini, tiada kosmetik atau produk penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.

Satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan adalah penggunaan pelindung matahari. Melindungi kulit daripada sinaran UV memang boleh mengelakkan melasma.

Tiada perlindungan

Sebilangan besar kes melasma disebabkan tiada perlindungan kulit muka terhadap sinaran UV matahari. Jika anda mempunyai melasma, krim pelindung matahari tidak boleh membantu menghilangkannya. Ia hanya boleh mengelakkan melasma merebak, walaupun krim anda mengandungi bahan pencerah.

Masalah melasma hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit atau doktor estetik.

Jika anda mempunyai masalah melasma, jangan membuang masa dan wang membuat rawatan muka kerana tanpa rawatan profesional, masalah anda tidak boleh diatasi.

Setakat ini masih belum ada lagi bahan kosmetik atau krim penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.

Untuk mengenal pasti sama ada anda menghadapi melasma jenis epidermal, dermal atau campuran, ia perlu dirujuk doktor untuk membuat ujian woodlights.

Apabila kulit disinari dengan lampu woodlights, doktor dapat membezakan sama ada melasma atau jeragat anda adalah jenis di permukaan kulit, dalam kulit atau kedua-duanya.

Untuk merawat melasma jenis epidermal (lapisan atas) kulit, doktor boleh melakukan chemical peeling dan merawat dengan krim hydroquinone dan tretinoin.

Kedua-dua bahan seperti hydroquinone dan tretinoine adalah bahan aktif berjadual dan hanya boleh digunakan dengan pengawasan doktor.

Sementara di klinik estetik, doktor juga boleh merawatnya dengan rawatan "Intense Pulse Light" atau rawatan laser.

Adakah anda turut menghadapi masalah jeragat atau tompok-tompok hitam di muka? Malah ia sukar untuk dihilangkan dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik.

Jeragat pada muka adalah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi dalam kalangan penduduk Asia umumnya.

------

Korang cuba MEUSKIN BOOSTER TREATMENT GEL yang diciptakan khusus untuk bantu pudar dan hilangkan jeragat dengan cara paling selamat.

Beli kat shopee dengan klik di link ini: Original Meuskin Booster Treatment Gel Tiktok Viral | Shopee Malaysia

Thursday, August 4, 2022

Ini Cara Hilang Jeragat Paling Mudah Dan Jimat Masa Untuk Mereka Yang Bekerja Dan Berusia

 



Ramai orang google atau cari maklumat cara nak hilangkan jeragat dengan cara yang paling mudah, selamat dan jimat masa untuk mereka yang bekerja dan telah pun meningkat usia.

Dalam info ini kami kongsikan cara terbaik untuk bantu anda atasi masalah jeragat di wajah anda:

1. Cara hilangkan jeragat – Menjaga Kebersihan Kulit Wajah

Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai alat solek (makeup) dalam jangka masa yang lama. Mencuci muka dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak.

Pastikan anda menggunakan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit. Elakkan guna pencuci muka yang mengeringkan kulit kerana ia mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.

2. Aloe Vera ( Lidah Buaya)

  • Mencerahkan wajah
  • Melindungi dari sinar matahari
  • Mengecut dan menghilangkan jeragat
  • Mengatasi kulit kering dan berminyak.
  • Menghilangkan jeragat.
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Caranya menggunakannya ;

  1. Campurkan jel aloe vera dengan madu
  2. Biarkan 5 ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 – 30 minit bilas menggunakan air suam
  3. Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan

    3. Lemon

    Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan menghilangkan jeragat. Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah ia menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

    Caranya ;

    1. Potong lemon (tidak terlalu nipis)
    2. Gosokkan pada kulit muka
    3. Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas.
    4. Boleh juga dicampur dengan madu asli.

      4. Teh Hijau

      Teh hijau sangat baik untuk kesihatan badan malah ia juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.

      Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

      Caranya ialah ;

      1. Masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.
      2. Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.

      5. Oatmeal

      Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

      Caranya ;

      1. Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.
      2. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda.
      3. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

      6. Diet Pemakanan Sihat

      Selain itu, cara hilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat kerana minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat. Oleh itu, jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak ia suatu perkara yang bagus.

      Anda juga perlu mengamalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak untuk meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

      7.  Cuka Epal Cider

      Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

      Caranya ;

      1. Campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air.
      2. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan kapas.
      3. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

      Cara lain ;

      1. Campurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung.
      2. Letakkan pada muka anda.
      3. Biarkan selama 15 – 20 minit sebelum menggosok muka semula.
      4. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.
      5. Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.

      6. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam.




        Selain itu anda boleh cuba krim Meuskin Booster Treatment Gel.

        Ia dapat bantu anda untuk yang takda masalah nak buat tips-tips seperti diatas kerana Meuskin Booster Treatment Gel memang dihasilkan untuk membantu memudar  dan menghilangkan jeragat diwajah.

        Ia selamat dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
        Bahan-bahan terbaik yang ada dalam Meuskin Booster Treatment Gel boleh seperti Niacinamide (Vitamin B), Aloe Vera, Centella Asiatica, Infraguard, Hyaluronic Acid, Exsymol dan Actizyme menjadikan kulit lebih halus, mengurangkan parut dan bintik-bintik hitam, mengatasi kulit kusam, menaikkan tona kulit menjadi lebih cerah.


        Untuk cuba Meuskin Booster Treatment Gel, anda boleh beli di shopee melalui link ini:

        Shopee link.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search