Soalan: Saya berusia 39 tahun dan wajah mula tumbuh pigmentasi. Apa punca pigmentasi ini dan adakah rawatan sesuai mampu menghilangkan noda itu.
Nuraini Binti Asmuni
Seksyen 13, Shah Alam.
Jawapan: Semua wanita inginkan wajah yang sentiasa kelihatan muda. Apa yang sebenarnya menyebabkan wajah kelihatan tua? Cuba lihat gambar semasa kita muda kemudian bandingkan dengan wajah sekarang. Mungkin banyak perubahan yang anda lihat.
Dua perubahan paling ketara yang boleh membuat wajah nampak lebih tua adalah kehadiran pigmentasi pada wajah dan kedutan pada muka. Tahukah anda, dengan merawat masalah jeragat, anda boleh kelihatan lebih muda lima ke 10 tahun.
Masalah pigmentasi yang sering berlaku dalam kalangan wanita berusia selepas 30-an adalah melasma
Apakah itu jeragat atau melasma, masih belum diketahui dengan jelasnya. Namun, ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan melasma antaranya kehamilan, pil perancang dan pil gantian hormone menopaus.
Pencegahan berkesan Melasma yang disebabkan perubahan hormon boleh hilang dengan sendiri beberapa bulan selepas kelahiran atau apabila seseorang berhenti mengambil pil hormon.
Faktor lain yang menyebabkan melasma adalah pendedahan kepada sinaran ultra lembayung (UV) yang kronik atau komplikasi kepada salah penggunaan bahan kosmetik. Melasma yang disebabkan faktor ini agak sukar dirawat.
Melasma adalah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis (lapisan atas), dermis (lapisan bawah kulit) atau kedua-duanya.
Setakat ini, tiada kosmetik atau produk penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.
Satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan adalah penggunaan pelindung matahari. Melindungi kulit daripada sinaran UV memang boleh mengelakkan melasma.
Tiada perlindungan
Sebilangan besar kes melasma disebabkan tiada perlindungan kulit muka terhadap sinaran UV matahari. Jika anda mempunyai melasma, krim pelindung matahari tidak boleh membantu menghilangkannya. Ia hanya boleh mengelakkan melasma merebak, walaupun krim anda mengandungi bahan pencerah.
Masalah melasma hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit atau doktor estetik.
Jika anda mempunyai masalah melasma, jangan membuang masa dan wang membuat rawatan muka kerana tanpa rawatan profesional, masalah anda tidak boleh diatasi.
Setakat ini masih belum ada lagi bahan kosmetik atau krim penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.
Untuk mengenal pasti sama ada anda menghadapi melasma jenis epidermal, dermal atau campuran, ia perlu dirujuk doktor untuk membuat ujian woodlights.
Apabila kulit disinari dengan lampu woodlights, doktor dapat membezakan sama ada melasma atau jeragat anda adalah jenis di permukaan kulit, dalam kulit atau kedua-duanya.
Untuk merawat melasma jenis epidermal (lapisan atas) kulit, doktor boleh melakukan chemical peeling dan merawat dengan krim hydroquinone dan tretinoin.
Kedua-dua bahan seperti hydroquinone dan tretinoine adalah bahan aktif berjadual dan hanya boleh digunakan dengan pengawasan doktor.
Sementara di klinik estetik, doktor juga boleh merawatnya dengan rawatan "Intense Pulse Light" atau rawatan laser.
Adakah anda turut menghadapi masalah jeragat atau tompok-tompok hitam di muka? Malah ia sukar untuk dihilangkan dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik.
Jeragat pada muka adalah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi dalam kalangan penduduk Asia umumnya.
------
Korang cuba MEUSKIN BOOSTER TREATMENT GEL yang diciptakan khusus untuk bantu pudar dan hilangkan jeragat dengan cara paling selamat.
Beli kat shopee dengan klik di link ini: Original Meuskin Booster Treatment Gel Tiktok Viral | Shopee Malaysia