Wednesday, October 11, 2023

Bagaimana Boleh Dapat Program Private Retirement Scheme Boleh Kurangkan Cukai?

 


Bagi anda yang baru nak tau apa itu program Private Retirement Scheme atau skim caruman sukarela, sila baca post ini.

Apa itu PRS?

PRS ialah satu skim caruman sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu mengumpulkan simpanan bagi persaraan mereka.

Mengapa PRS?

Jika anda mencarum dalam skim ini anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 setiap tahun. Pelepasan cukai sehingga RM3000 termasuk caruman untuk pembayaran anuiti tertunda.

Untuk anda yang menjadi ahli PRS Public Mutual anda boleh menikmati perlindungan takaful/insurans kemalangan peribadi percuma namun tertakluk kepada terma dan syarat.

Wang dalam PRS dilindungi daripada pemiutang seperti dinyatakan dalam Seksyen 139ZA Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA).


Siapakah yang boleh mencarum?

Jika anda seorang individu berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk mencarum dalam PRS.

Untuk info lanjut klik link whatsapp ini: Share on WhatsApp

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search