About Me



Kisah saya ini mungkin akan mengajak ramai orang berfikir...

Mungkin ramai orang tahu, hari ini saya merupakan seorang pemilik syarikat EMORRA BIOTECH SDN BHD, seorang yang berjaya dalam perniagaan menjual produk kesihatan dan kecantikan seperti jenama EMORRA, GAMBIR JANTAN, GEL KELAPA DARA dan EPISOR.

Mungkin ramai orang tahu, saya telah mengecapi kejayaan dengan memiliki stokis, ejen dan dropship yang ramai yang berada di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Mungkin ramai juga tahu saya memiliki beberapa aset hartanah di beberapa buah negeri dan saya kerap melancong ke luar negeri.



Tapi berapa ramai yang tidak tahu 10 tahun dulu, saya adalah seorang pekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji terakhir saya RM1400. Setiap hari saya ulang alik ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal kapcai dan kadangkala saya bawa kereta kancil 660 selama 40 minit setiap hari.

Selepas saya berhenti kerja, saya cuba buat perniagaan macam-macam. Saya buat training, saya buat bisnes online, jual produk orang, jual produk digital dan fizikal.

Tetapi ia sekadar cukup makan dan menampung kos sara hidup yang mencabar. Saya tidak berpeluang untuk ada simpanan yang banyak waktu itu. Apatah lagi nak lihat saving RM10,000 dalam akaun bank, memang jauh sekali.


Sebagai anak peneroka felda, apalah impian yang ada selain membesar dalam suasana yang sederhana. Saya tidak diajar cara berbisnes yang betul. Saya tidak ditunjukkan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dan membina kekayaan.

Apa yang saya buat waktu itu adalah belajar berdikari sendiri, belajar dengan kemampuan sendiri, dengan modal yang ada di tangan.

Bila umur saya 27 tahun dan di awal perkahwinan, kami gembira dengan perkahwinan ini dan hakikatnya kami masih lagi tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, membeli kereta mewah, membeli pakaian mahal, apatah lagi nak pergi melancong ke luar negara.

Di waktu kami kesempitan wang, saya sebagai ketua keluarga buntu mencari jalan bagaimana untuk menampung hidup. Saya pernah berfikir untuk kembali bekerja makan gaji dan saya pernah pergi untuk beberapa sesi interview di beberapa buah syarikat tetapi hampa saya tidak diterima bekerja.

Bila tidak cukup duit, kami hanya makan nasi putih dan kicap asalkan, kami mampu bayar duit sewa rumah dan pernah bayar lewat pinjaman bank untuk kereta.

Nama berada dalam CCRIS untuk tempoh yang panjang. Sehingga nak buat loan untuk beli kereta lain pun sangat susah waktu tu. Selalu kena reject dengan use car.



Bukan saya tak usaha. Saya usaha, cuma waktu itu, jika ada duit, cukuplah sekadar untuk kami menampung hidup. Nak bermewah-mewah itu jarang kami nikmati.

Anda mesti fahamkan perasan ni?

Bila kami perlukan duit untuk teruskan hidup, kami jual barang-barang yang ada dalam rumah. Asalkan ada sedikit duit untuk beli keperluan, kami usaha juga biarpun barang yang ada tu kami sayang.

Hidup saya ni waktu tu ibarat pasang surut. Ada masa senang, ada ketika susah. Bila masa susah, kami tidak pernah menyusahkan orang lain.

Saya tidak pernah pinjam duit dengan mana-mana orang untuk selesaikan masalah hidup saya biarpun saya ada hutang dengan bank. Hutang bank saya usaha selesaikan dengan cara jual atau buat apa sahaja asal boleh dapat duit.

Dan hari ini, bila saya dah ada bisnes sendiri, saya sendiri tak sangka, kehidupan saya dah lebih baik dari 10 tahun dulu.

Saya sendiri tak sangka, ada kenderaan yang lebih baik dari dulu. Saya ada beberapa aset hartanah, saya ada pejabat, staff, syarikat dan produk sendiri.

Malah saya dapat bantu orang lain pula untuk membina kekayaan dan kejayaan dengan jadi stokis dan ejen produk saya.

Sebab saya tahu, bukan mudah untuk berjaya jika kita tidak didorong atau dibantu oleh orang lain. Ya! Kita boleh belajar sendiri. Tapi kalau ada jalan lain yang boleh singkatkan masa, kenapa kita perlu belajar sendiri.

Hari ini nak mulakan bisnes, tak semesti kena bermula dengan modal yang besar. Hari ini dengan jadi ejen dropship sahaja pun dan boleh mula jana pendapatan seperti mereka yang lain.



Seperti mana tuan Rosli, umur pun dah lebih 50 tahun. Apa yang kita boleh gambarkan mereka yang umur 50 tahun?

Umur tuan Rosli ni boleh saya gelar sebagai mak atau ayah saya. Sebab mak dan ayah saya umur pun dan lebih 60 tahun. Namun, itu tak membatas tuan Rosli untuk menjadi top ahli dropship kami.

>> https://linktr.ee/nrzm<<

Saya sendiri mempunyai sistem latihan yang tersendiri. Saya ada hantar email bersiri untuk guide anda mulakan bisnes sambilan dan jana pendapatan tambahan dengan jadi ahli dropship Episor.

Saya juga akan kirimkan mesej melalui sistem sms dan ada satu group support Whatsapp diwujudkan untuk bantu mereka terus dapat momentum menghasilkan pendapatan.



Sistem dropship kami sangat unik dan ia memudahkan anda untuk menjual produk ini walaupun tanpa perlu simpan stok di tangan, packing barang dan beratur untuk hantar barang di pejabat pos.

Jika tuan Rosli yang dah usia emas pun masih steady, badan sihat dan masih bertenaga seperti dulu, takkanlah kita yang usia muda ni tak terasa tercabar untuk buat lebih baik dari dia?

Umur bukan penghalang untuk berjaya. Tidak ada istilah terlewat untuk bermula.

Bila kita dapat kuasai ilmu, kita faham siapa target market kita, di mana tempat untuk kita menjual, kita faham masalah bakal pelanggan kita, inshaAllah semua proses ini akan dipermudahkan untuk kita bina side income yang baik.

Dengan sertai dropship Episor, komisyen minima RM30. Siapa tak nak? Maksima komisyen perjualan RM70. Siapa nak bagi?

Jika anda boleh buat 10 jualan sehari dengan RM70 komisyen perjualan. Potensi RM700 sehari untuk anda itu bukanlah satu perkara yang mustahil.

Kita sanggup nak all out atau tidak je. Buat bisnes biar sampai jadi duit.

Jika saya tidak mengambil keputusan dan mudah mengalah 10 tahun dulu, pasti sekarang saya masih tidak punya apa-apa.










Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search